Selasa, 9 Oktober 2012

Ceramah Manual Prosedur Kerja (MPK) Untuk APBM Port Dickson

8 Oktober 2012, Shah Alam : Satu Program Ceramah bertajuk "Manual Prosedur Kerja (MPK)" telah dianjurkan oleh pihak Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Port Dickson. Program ini telah diadakan bertempat di Hotel Grand Bluewave, Shah Alam

Program ini diadakan selama tiga hari mulai 8 hingga 10 Oktober 2012 bagi tujuan mengemaskini kandungan serta prosedur terkandung di dalam MPK APBM Port Dickson bagi memastikan yang ia kekal relevan serta lebih praktikal selaras dengan amalan kerja semasa di APBM Port Dickson.

Penceramah yang telah diundang bagi program ini ialah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau telah berceramah berkaitan tajuk ini selama dua jam dan menerangkan tentang konsep MPK yang sebenarnya serta menampakkan perbezaannya dan perkaitannya dengan Fail Meja (FM).


Berikut dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan untuk tatapan bersama.



Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: