24 Mac 2012, Nilai : Satu Seminar untuk Remaja Islam dengan Tema : "Boleh Pandang-Pandang" telah di adakan bertempat di Pusat Kursus Perkahwinan di Taman Semarak Nilai. Seminar ini telah dianjurkan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan. Pelbagai pengisian telah disediakan oleh penganjur.
Di antara penceramah yang telah dijemput di sebelah paginya ialah YBhg Ustaz Tengku Nor Iftah iaitu penceramah yang tidak asing lagi di JHEAINS. Beliau menyampaikan ceramah mulai jam 9.20 pagi hingga ke jam 11.20 pagi.
Ceramah tersebut bersambung pada jam 11.30 pagi dengan ceramah disampaikan oleh Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau menyampaikan ceramah bertajuk "Ancaman Cinta Sejenis". Menerusi ceramah ini beliau berkongsi betapa berbahayanya gejala sosial yang tidak bermoral ini dan menerangkan kesan buruknya kepada imej agama, bangsa dan juga negara. Beliau menyampaikan ceramah sehingga ke jam 1.00 petang.
Berikut dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan di sepanjang program tersebut berlangsung.
Notis makluman ketika program sedang berlangsung
Di antara peserta yang memenuhi ruang bilik seminar
Adik ini yang baru berusia 7 tahun, turut sama menyertai seminar ini
Mendengar dengan tekun dan fokus

Ketika Ustaz Tengku Nor Iftah menyampaikan ceramahnya
Ustaz Helmy yang bertindak selaku Pengerusi Acara
Sdr Syamsul memulakan ceramahnya
Suasana santai dan bersahaja....




Adik ini masih setia mendengar sehingga tamat ceramah

Pelbagai gaya dan aksi ditunjukkan....

Sdr Syamsul menerima cenderahati daripada YBhg Ustaz HelmyDisediakan oleh : EDITOR
Tiada ulasan:
Catat Ulasan