Rabu, 28 Disember 2011

Ceramah Motivasi "Halatuju Remaja" di IKM KL

28 Disember 2011, Kuala Lumpur : Satu program ceramah telah dianjurkan bertempat di Institut Kemahiran MARA (IKM) di Kampung Pandan, Kuala Lumpur. Ceramah bertajuk "Halatuju Remaja" ini disampaikan kepada lebih 100 orang pelajar baru IKM yang sedang menjalani Minggu Mesra pelajar sebagai program orientasi serta pendedahan awal kepada para pelajar baru.

Ceramah disampaikan oleh Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Ceramah telah berlangsung mulai jam 11.00 pagi hingga ke jam 1.00 petang.

Berikut dikongsikan beberapa gambar yang telah sempat dirakamkan di sepanjang program tersebut berlangsung. Disediakan oleh : EDITOR

Ahad, 18 Disember 2011

Ceramah "Inovasi Dalam Perkhidmatan" untuk IKM KL

17 Disember 2011, Sepang : Satu Ceramah bersempena dengan Hari Q (Kualiti) telah dianjurkan oleh pihak Institut Kemahiran Mara (IKM) Kuala Lumpur. Ceramah ini merupakan salah satu daripada pengisian Program Hari Keluarga yang turut diadakan pada hari yang sama. Program ini telah diadakan bertempat di Dewan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Camar Laut, Bagan Lalang, Sepang.

Ceramah bermula pada jam 10.30 pagi dan berakhir pada jam 12.30 tengahari. Penceramah jemputan bagi program ini adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau menyampaikan ceramah bertajuk "Inovasi dalam Perkhidmatan". Turut sama hadir mendengar ceramah berkenaan adalah Tuan Shaharudin, Pengarah IKM Kuala Lumpur.

Sebaik sahaja selesai ceramah dilangsungkan, majlis diteruskan dengan penyampaian anugerah-anugerah khidmat cemerlang dan juga beberapa anugerah Inovasi untuk kakitangan IKM Kuala Lumpur.

Sekalung syabas dan tahniah kepada pihak urusetia di atas inisiatif serta usaha menjayakan program seperti ini.

Berikut bersama kita kongsi gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan ketika program ceramah Inovasi tersebut berlangsung. Disediakan oleh : EDITOR