Jumaat, 10 Julai 2015

Ceramah Motivasi Integriti Ramadhan di Pejabat SUK Negeri Sembilan

10 Julai 2015, Seremban : Satu Program Ceramah Motivasi Integriti Ramadhan telah dianjurkan oleh Unit Integriti, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Negeri Sembilan. Program ini telah diadakan khusus buat para pegawai dan kakitangan dari pelbagai agensi kerajaan dari seluruh Negeri Sembilan. Program ini telah berlangsung di Dewan Theatrette, Wisma Negeri, Seremban, Negeri Sembilan.

Penceramah yang telah diundang ke program ini adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau telah menyampaikan ceramah bertajuk : "Betulkan Yang Biasa, Biasakan Yang Betul". Pelbagai tips berkaitan amalan baik berintegriti di bulan Ramadhan serta penerapan nilai Rejuvenasi telah dikongsikan bersama sekelian yang hadir.

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan disepanjang program ceramah tersebut berlangsung.


Disediakan oleh : EDITOR