Ahad, 5 Julai 2015

Ceramah Program Karisma Ramadhan MPWK Parlimen Hulu Langat


4 Julai 2015, Kajang : Satu Ceramah Motivasi Penghayatan Ramadhan 1436 Hijrah telah dianjurkan oleh Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga (MPWK) Parlimen Hulu Langat. Program ini telah berlangsung di Masjid Penjara, Kampung Sungai Jelok, Kajang.

Penceramah yang telah diundang ke program ini adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau telah menyampaikan ceramah bertajuk : "Ramadhan Terbaik Dicari".

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan disepanjang program ceramah tersebut berlangsung.


Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: