Khamis, 2 Julai 2015

Ceramah Motivasi Pelajar SPM CHAMPION SMK Dato' Sheikh Ahmad, Seremban


1 Julai 2015, Seremban : Satu Program Ceramah Motivasi Kecemerlangan Pelajar telah diadakan khusus buat para Pelajar Tingkatan 5, Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Sheikh Ahmad (SMKDSA), Sikamat, Seremban. Program ini telah berlangsung di Dewan SMKDSA.

Penceramah yang telah diundang ke program ini adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau telah menyampaikan ceramah bertajuk : "Pembentukan Pelajar CHAMPION". Pelbagai tips serta pendekatan dikongsikan bersama sekelian pelajar yang hadir demi mencapai kejayaan yang gemilang di dalam peperiksaan SPM yang bakal diharungi.

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan disepanjang program ceramah tersebut berlangsung.


Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: