Selasa, 22 Februari 2011

Kursus Pengurusan Kerjaya & Keluarga Penjawat Awam

23 Februari 2011, Cheras : Satu Kursus Pengurusan Kerjaya dan Keluarga Penjawat Awam Siri 2/2011 telah diadakan bertempat di Maktab Polis DiRaja Malaysia (PDRM) Cheras. Kursus selama 5 hari dan 4 malam ini telah dihadiri oleh para pegawai yang datang dari pelbagai negeri dari seluruh negara.
.
Kursus ini telah berlangsung dengan jayanya serta mendapat respon yang menggalakkan dari kalangan peserta.
.
Di antara penceramah jemputan yang telah berkesempatan hadir adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau menyampaikan slot "Pembentukan Jatidiri, Sahsiah Matang & Berketrampilan" dan "Komunikasi Berkesan Keluarga & Kerjaya". Ceramah beliau, seperti kebiasaannya mencuri perhatian dan penuh dengan unsur lelucon benar-benar mencuit hati para pegawai yang menghadiri slot beliau ini.
.
Berikut dikongsikan beberapa gambar yang telah sempat dirakamkan ketika ceramah beliau berlangsung.
.






























.
.
.
Disediakan oleh : EDITOR

Isnin, 21 Februari 2011

Di Sebalik Perkataan "SALAM"....

SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"? apakah maksud disebaliknya??
.
Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam (selamat tinggal)". Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yangburuk). (QS. 43:89)
.
Lebih baik gunakan ASSALAMUALAIKUM
or
ASSALAMUALAIKUMWARAHMATULLAHIWABARAKATUH...
.
Ilmu utk dikongsi bersama. Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan muslim yang lain.
.
Pagi semalam saya dengar radio ikim (91.50 fm). Ustaz Zawawi ada cerita tentang sunnah Rasulullah s.a.w. Antara yang dibincangkannya ialah tentang bab cara memberi salam.
.
Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz “Assalamualaikum” dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu “Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh
.
Ringkasnya, baginda SAW akan ;Beri salam dengan ucapan - “Assalamualaikum
.
dan…Jawab salam - “Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh
.
Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam,
saya dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat.
.
Jawab salam yang betul ialah ;
.
WAALAI KUMUS SALAM”dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu ;
.
WAALAI KUM SALAM
.
Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata “Kirim salam, assalamualaikum pada ASHREE ye” contoh lerr… Dan bukannya : “Kirim salam kat ASHREE yer
.
Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti ” Ko tolong kirim salam maut kat dia yer“.
.
Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan!
.
Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamualaikum” dengan “A’kum” dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan.
.
Jika perkataan “Assalamualaikum” itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan “As Salam” yang membawa maksud sama dengan “Assalamualaikum”.
.
Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform “A’kum” dalam sms ataupun email. Perkataan ‘AKUM‘ adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud ‘BINATANG‘ dalam Bahasa Ibrani.
.
Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud ‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT‘.
.
Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar shortform “A’kum“, kita ingatkan dia guna “As Salamkerana salam ialah dari perkataan “Assalamualaikum“.
.
Jangan guna “Bye” kerana “Bye” adalah jarum sulit Kristian yang bermaksud “Di Bawah Naungan Pope.”Jangan guna “A’kum” kerana “A’kum” bermaksud “Binatang” dalam bahasa Yahudi.Jangan guna “Semekom” kerana “Semekom” bermaksud “Celaka Kamu”, Gunakan perkataan “As Salam” sebagai singkatan bagi “Assalammualaikum”.
.
Harap maklumat ini disampaikan kepada umat Islam yang lain , untuk elakkan diri daripada membuat dosa..
.
Sekian, semoga ada manfaatnya
.
.
.
Disediakan oleh : Hj Mazlan Abd Ghani

Ahad, 20 Februari 2011

Sesi Bersama Pendebat UPNM

20 Februari 2011, Kuala Lumpur : Satu sesi perbincangan (mini bengkel) telah diadakan di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM). Sesi ini telah diaturkan oleh Jurulatih debat UPNM iaitu Sdr Norhalis. Sesi ini diadakan bagi mengembalikan semangat serta berkongsi idea serta tips-tips untuk kejayaan debat di masa akan datang.
.
Sesi ini telah diadakan bermula dari jam 9.00 pagi hingga ke jam 1.00 petang. Bagi menyempurnakan sesi ini, tetamu undangan yang telah dijemput adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, bekas Pendebat UiTM yang juga merupakan Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM).
.
Norhalis yang juga merupakan junior Syamsul ketika di UiTM turut sama membantu ketika sesi ini dijalankan bertempat di bilik Latihan Debat UPNM.
.
"Saya melihat potensi yang cukup besra buat para pendebat UPNM untuk mara dengan lebih jauh lagi di dalam arena perdebatan tanahair ini, malahan saya percaya mereka mampu berjaya dengan cemerlang seandainya usaha berterusan dan konsisten dijanakan. Belum pernah saya melihat peserta yang begitu fokus dan juga berdisiplin di dalam sesi latihan sepertimana pasukan ini. Saya tidak terperanjan jika tahun ini bermulanya kemenangan berpihak kepada pasukan UPNM", ulas Sdr Syamsul ketika ditanya sebaik sahaja selesai program.
.
Sdr Norhalis ketika menyusun atur para pendebat untuk sesi bergambar
Pelbagai ragam dan karenah
Bergambar bersama tanda kenangan
.
.
.
Disediakan oleh : EDITOR

Khamis, 17 Februari 2011

Kelemahan Ekonomi Punca Krisis di Mesir. - Iqmal Hisham

Krisis yang berlaku di Mesir baru-baru ini telah menyedarkan kita bahawa sudah tiba masanya kita semua perlu membuat perubahan yang ketara di dalam pelbagai aspek tidak kira sama ada dalam politik, ekonomi mahupun sosial. Ini merujuk apabila kerajaan Mesir yang sedia ada sebelum ini yang berada di bawah pimpinan Presiden Hosni Mubarak gagal di dalam memastikan keperluan dan kemahuan rakyat Mesir dipenuhi.
.
Di dalam bidang ekonomi misalnya, tindakan kerajaan Mesir sebelum ini yang memberikan atau menyogok subsidi kepada rakyat tidak boleh menjayakan ekonomi negara tersebut. Ini kerana apa yang jauh lebih penting adalah kebolehan pemerintah menawarkan kemakmuran demi kelangsungan hidup rakyatnya.
.
Apa yang dihadapi oleh kerajaan pimpinan Presiden Hosni Mubarak, membuktikan cara pemerintahan yang berbelanja banyak di dalam bentuk subsidi untuk 'menyuap makanan' kepada rakyatnya tidak mampu kekal lama.
.
Mesir adalah sebuah negara yang begitu banyak memberikan subsidi kepada rakyatnya, ia meliputi barangan, pendidikan, makanan, perubatan, selain berbelanja tinggi untuk pertahanannya. Ini menyebabkan ekonomi negara itu menjadi statik kerana segala-galanya ditanggung kerajaan kerana tiada pelabur asing yang mahu melabur di Mesir.
.
Apabila tiada pelaburan maka tidak wujudlah peluang pekerjaan dan sekali gus menyebabkan jumlah pengangguran di Mesir semakin tinggi. Ini menunjukkan walaupun semuanya percuma tetapi kalau pengangguran meningkat ia tidak membawa apa-apa makna.
.
Dalam keadaan di mana rata-rata rakyatnya hidup di dalam garis kemiskinan di mana purata pendapatan rakyatnya adalah hanya US 2 dollar atau RM6 sehari, Hosni Mubarak pula dikatakan telah mengumpulkan kekayaan sebanyak US 70 billion sepanjang hampir 30 tahun memerintah.
.
Ini jelas menunjukkan kelemahan pemerintah Mesir di dalam menjana dan mentadbir ekonominya dengan baik dan ditambah pula dengan kerakusan pemerintah di dalam mengejar kekayaan peribadi sehingga sanggup menggadaikan nasib rakyatnya yang akhirnya membawa kepada kehancuran ekonomi Mesir itu sendiri.
.
Seharusnya, sesebuah kerajaan perlulah memainkan peranan yang cukup penting di dalam mengurus tadbir ekonomi negaranya dengan baik di dalam memastikan agar rakyatnya dapat hidup di dalam keadaan yang lebih baik.
.

.
.
.
Disediakan oleh :
.
Sdr Iqmal Isham
Pendebat
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Rabu, 16 Februari 2011

Taat Kepada Pemerintah (Ulil ‘Amr). Siapakah Mereka?

Taat Kepada Pemerintah (Ulil 'Amr). Siapakah Mereka?

Firman Allah :-

'Hai orang-orang yang beriman, ta'atilah Allah dan ta'atilah Rasul(Nya), dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berselisihan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (al-Qur'an) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan Hari Kemudian. Yang demikian itu adalah lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya'. (Surah an-Nisa [4]: 59)

Ayat yang tertera diatas merupakan perintah Allah kepada umat Islam agar sentiasa mentaati Allah dan mentaati rasulnya serta ulil amri. Perbahasan berkenaan tafsiran ayat tersebut telah dijelaskan oleh para ulamak mufassirin seperti al-Quthubi, ibnu Khasthir dan lain-lain ulama'. Penulis tidak akan membincangkan tajuk ini secara panjang lebar kerana ilmu tafsir al-Quran ini memerlukan golongan yang arif dan mahir dalam bidang berkenaan. Perlu difahami ayat-ayat al-Quran hanya boleh ditafsir dengan cara berikut:-

1. Al -Quran hendaklah ditafsirkan oleh al-Quran itu sendiri.
2. Al-Quran ditafsirkan oleh al-hadis
.

Justeru penulisan pada kali ini ingin membawa para pembaca memahami maksud ayat di atas secara ringkas agar para pembaca dapat memahami dalam menghadapi suasana pada hari ini. Secara ringkasnya ayat ini merupakan arahan Allah agar seluruh orang Islam yang mengaku beriman kepada Allah agar mentaatinya dengan ketaatan yang mutlak tanpa sedikitpun persoalan. Begitu jua dengan ketaatan kepada rasulullah.
.
Namun, ulama mufassirin menjelaskan bahawa ketaatan kepada ulil amri adalah ketaatan yang tidak bersifat mutlak. Ulil amri atau golongan yang memegang tanggungjawab terhadap orang beriman hendaklah ditaati selagi mana ulil amri tersebut mentaati Allah dan Rasulnya dan arahan ulil amri tersebut juga wajib ditaati selagimana arahan tersebut selari dengan kehendak Allah dan Rasulnya. Namun ketaatan ini tidak menjadi wajib setelah arahan tersebut ini bercanggah dengan arahan Allah dan rasulnya. Ini dikuatkan lagi dengan penggunaan perkataan taat hanya pada perkataaan Allah dan Rasulnya sahaja. Penjelasan ini juga turut dikuatkan dengan hadis rasulullah s.a.w yang bermaksud:

'Wajib bagi bagi seorang muslim untuk mendengar dan taat kepada (penguasa) dalam perkara yang ia senangi dan ia benci kecuali apabila diperintah berbuat maksiat. Apabila penguasa melakukan maksiat maka tidak perlu didengari dan ditaati'. (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)

Al-Hafizh Ibnu Hajar al-Asqalani Rahimahullah menyatakan: “Hadis ini menunjukkan wajibnya taat kepada penguasa, hal itu berlaku dalam perkara yang bukan maksiat.

Sabda Rasulullah: " Tidak ada ketaatan kepada makhluk di dalam perkara maksiat" (Hadis Riwayat Bukhari)

Istilah ulil amri itu sendiri mempunyai maksud yang berbagai. Terdapat sebahagian ulama' menafsirkan perkataan ulil amri sebagai pemerintah manakala sebahagian ulama' lain menafsirkannya sebagai ulama'. Malah Ibnu Taimiyyah turut menyatakan : 'Ulil Amri mencakupi dua golongan iaitu ulama' dan penguasa'.

.

.
Artikel ini disumbangkan oleh :

Mashor Izad

Pendebat USIM


Selasa, 15 Februari 2011

Sesi Training Debat USIM : Sesi 1

Sesi Training Debat
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
15 Februari 2011
.
Bertempat di Rumah Jurulatih
Di Taman Bandar Senawang, Seremban
.
Sesi Pertama (Discussion & Sparring)
.














































































.
.
.
Disediakan oleh : EDITOR