Jumaat, 26 Jun 2015

Ceramah Penghayatan Ramadhan 1436 Hijrah di ANGKASA, Kelana Jaya


26 Jun 2015, Kelana Jaya : Satu Program Ceramah Agama Bersempena Dengan Bulan Ramadhan 1436 Hijrah telah diadakan khusus buat para pegawai dan kakitangan yang bertugas di Angkatan Koperasi Kebangsaan (ANGKASA). Program ini telah diadakan bertempat di Dewan Auditorium Angkasa, Kelana Jaya.

Penceramah yang telah diundang ke program ini adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau telah menyampaikan ceramah bertajuk : "Menggapai Ramadhan Terulung". Beliau telah berkongsi tentang pelbagai fadhilat serta kelebihan bulan Ramadhan serta menyeru semua agar berazam memperbaiki diri dan mempertingkatkan prestasi sehinggalah selepas sahaja Ramadhan berakhir.

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan disepanjang program ceramah tersebut berlangsung.


Disediakan oleh : EDITOR