Ahad, 29 Jun 2014

Ceramah "Penghayatan Ramadhan 1435 Hijrah" di Masjid Jamek Kuala Pilah

29 Jun 2014, Kuala Pilah : Satu Program Ceramah Penghayatan Ramadhan 1435 Hijrah telah diadakan bersempena dengan ketibaan Ramadhan 1435 Hijrah. Program ini merupakan hasil inisiatif YB Datuk Norhayati Hj Omar, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan Darul Khusus. Program ini berlangsung di Masjid Jamek Yam Tuan Raden, Kuala Pilah.

Penceramah yang telah diundang ke program ini adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau telah menyampaikan ceramah bertajuk "Ramadhan Dihayati".

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan disepanjang program tersebut dilangsungkan.


Disediakan oleh : EDITOR

Jumaat, 27 Jun 2014

Ceramah Motivasi "Integriti Bermula Ramadhan" di KPDNKK, Putrajaya

27 Jun 2014, Putrajaya : Satu Program Ceramah Integriti telah dianjurkan oleh pihak Kementerian Perdagangan Hal Ehwal Kepenggunaan dan Koperasi (KPDNKK). Program ini telah berlangsung di KPDNKK, Putrajaya

Di antara penceramah yang telah di undang adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau telah menyampaikan ceramah bertajuk. "Ramadhan Medan Meningkatkan Integriti".

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan disepanjang program tersebut dilangsungkan.


Disediakan oleh : EDITOR

Ceramah Motivasi "Keluarga Bahagia" di Holiday Inn KL di Glenmarie

26 Jun 2014, Glenmarie : Satu Program Ceramah Motivasi Kekeluargaan telah diadakan di Seminar Smart Parenting : Membina Mahligai Bahagia anjuran Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ). Program ini telah berlangsung di Hotel Holiday Inn Kuala Lumpur, Glenmarie.

Di antara penceramah yang telah diundang adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau telah menyampaikan ceramah bertajuk "Keluarga Bahagia : Keluarga Tetap Nombor 1".

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan disepanjang program tersebut dilangsungkan.


Disediakan oleh : EDITOR