Selasa, 17 Jun 2014

Program Membara Usahawan Pemuda UMNO Bahagian Seremban

14 Jun 2014, Ampangan : Satu Program Membara (Membantu Rakyat) Usahawan telah diadakan bertempat di Pusat Khidmat Masyarakat Barisan Nasional DUN Ampangan. Program ini dianjurkan oleh Biro Usahawan Pemuda UMNO Bahagian Seremban dengan kerjasama Persatuan Belia Dinamik Barat dan juga Penerangan Pemuda UMNO Bahagian Seremban.

Pelbagai pengisian dijalankan antaranya Ceramah serta taklimat berkaitan peluang peluang oleh pihak MARA, Ceramah Motivasi Keusahawanan, Taklimat berkaitan GST dan juga Taklimat berkaitan dengan Kemudahan Pembiayaan Tekun.

Di antara penceramah yang telah diundang ke program ini adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM) yang juga merupakan Ketua Penerangan Pemuda UMNO Bahagian Seremban.

Program ini telah disempurnakan majlis penutupannya oleh YB Dato' Hj Abu Ubaidah Hj Mohd Redza, ADUN Ampangan.

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan disepanjang program tersebut berlangsung.


Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: