Selasa, 27 Mac 2012

Ceramah Motivasi Kerjaya di Maktab PDRM Cheras

28 Mac 2012, Cheras : Satu program ceramah Motivasi Pembangunan Keluarga & Kerjaya telah diadakan bertempat di Maktab Polis DiRaja Malaysia (PDRM) Cheras. Di antara slot ceramah yang disampaikan adalah ceramah yang telah disampaikan oleh Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM).

Sdr Syamsul telah berceramah mulai jam 9.00 pagi hinggalah ke jam 1.00 petang yang mana melibatkan 2 slot iaitu; ceramah "Pembentukan Jatidiri, Sahsiah Matang dan Berketrampilan" iaitu pada jam 9.00 pagi hingga ke jam 10.30 pagi sebelum bersambung semula pada jam 11.00 pagi hingga ke jam 1.00 petang dengan tajuk "Komunikasi Keluarga dan Kerjaya".

Seperti biasa ceramah Sdr Syamsul yang begitu mengusik hati telah mewujudkan suasana meriah di sepanjang ceramah beliau berlangsung. Berikut dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan di sepanjang program ceramah beliau berlangsung.

Disediakan oleh : EDITOR