Rabu, 7 Mac 2012

Majlis Barbeque di Kediaman Presiden ADAM

Satu Majlis Makan Malam berkonsepkan Barbeque telah diadakan di kediaman Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden ADAM di Taman Seri Pandan, Seremban. Program ini merupakan hasil idea daripada pendebat-pendebat Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Yang menarik, pendebat-pendebat USIM sendiri telah mencuba idea dan resepi masing-masing bagi mencuba hidangan siapakah yang paling hebat dan lazat pada malam itu.

Majlis tersebut telah di adakan pada 23 Februari 2012, iaitu malam sebelum bertolaknya pasukan Debat USIM ke Universiti Malaysia Pahang (UMP) untuk pertandingan Debat Integriti. Majlis BBQ ini bermula sejak jam 8.00 malam hingga ke jam 11.30 malam.

Berikut dikongsikan gambar-gambar kenangan di sepanjang majlis tersebut berlangsung.

Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: