Ahad, 5 Jun 2016

Ceramah Penghayatan Ramadhan di Surau Al-Naim, Taman Bandar Seremban Selatan, Seremban


5 Jun 2016, Seremban : Satu Program Ceramah Penghayatan Ramadhan telah diadakan bertempat di Surau Al-Naim, Taman Bandar Seremban Selatan. Program ini merupakan anjuran bersama KRT Taman Bandar Seremban Selatan bersama Jawatankuasa Surau Al-Naim.

Penceramah yang telah diundang ke program ini adalah Sdr Syamsul Amri Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM) atau lebih dikenali sebagai Syamsul Debat di TV Al-Hijrah. Beliau telah menyampaikan ceramah bertajuk "Ramadhan Di Hadapi Dengan Penuh Kegembiraan".

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan disepanjang program ceramah tersebut berlangsung.


Disediakan oleh : EDITOR

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak


Disediakan oleh : EDITOR

Jumaat, 3 Jun 2016

Ceramah Motivasi "Penghayatan Ramadhan" di Surau Taman Kobena, Senawang


3 Jun 2016, Seremban : Satu Program Ceramah Penghayatan Ramadhan telah diadakan bertempat di Surau Taman Kobena, Senawang. Program ini merupakan program anjuran bersama KRT Taman Kobena, Jawatankuasa Surau Taman Kobena dan Pergerakan Wanita UMNO Cawangan Taman Kobena.

Penceramah yang telah diundang ke program ini adalah Sdr Syamsul Amri Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM) atau lebih dikenali sebagai Syamsul Debat di TV Al-Hijrah. Beliau telah menyampaikan ceramah bertajuk "Ramadhan Yang Di Hayati".

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan disepanjang program ceramah tersebut berlangsung.


Disediakan oleh : EDITOR