Isnin, 26 April 2010

Program Motivasi Kecemerlangan Pelajar SMT Jasin

Program Motivasi Kecemerlangan Pelajar
24 April 2010
Sekolah Menengah Teknik Jasin
Melaka
.
Satu program "Motivasi Kecemerlangan Pelajar" telah diadakan di Sekolah Menengah Teknik Jasin di Melaka pada 24 April 2010. Program ini melibatkan kira-kira 264 pelajar Tingkatan 4 sekolah berkenaan. Ceramah telah disampaikan oleh Saudara Syamsul Amri bin Hj Ismail, Eksekutif Bahagian Kajian Dasar, Intellectual Orator Consultant (IOC). Beliau yang tiba kira-kira jam 8.15 pagi memulakan sesi ceramahnya pada jam 8.30 pagi.
.
Pada sesi pertama beliau menyampaikan ceramah bertajuk "Pembentukan Kecemerlangan Pelajar". Sesi ceramah ini berakhir pada jam 10.00 pagi.
.
Selepas minum, Saudara Syamsul menyambung ceramahnya dengan sesi kedua pada jam 10.30 pagi dengan tajuk "Menempa Kecemerlangan Masa Hadapan" yang mana sesi ini berakhir pada jam 12.30 tengahari. Melalui sesi ceramah ini diharapkan para pelajar mampu membuka minda mereka bagi mencapai kecemerlangan akademik dan juga sahsiah agar menjadi golonganyang boleh diharapkan demi pembangunan negara yang berterusan.
.
Turut hadir ke program ini adalah Puan Habibah Rais dan En Hafizal Halim yang merupakan penaung Intellectual Orator Consultant (IOC). EDITOR dengan ini bagi pihak IOC mengucapkan jutaan terima kasih kepada Cikgu Shaleza Ismail di atas kesudian menjemput pihak IOC bagi mengendalikan ceramah ini.
.
Suasana di dalam dewan ketika ceramah sedang dilangsungkan
Pelajar perempuan yang mendengar ceramah disampaikan
Ada yang mencatat nota dan ada juga yang mendengar dengan fokus dan teliti
Pelajar-pelajar lelaki yang jumlahnya melebihi bilangan pelajar perempuan
Pelajar lelaki di dalam sesi bergambar bersama Saudara Syamsul
Saudara Syamsul bergambar bersama pelajar perempuan pula
Dua pelajar yang berminat untuk bergambar bersama penceramah
.
.
.
Disediakan oleh : EDITOR

BN Tawan Kembali Parlimen Hulu Selangor !!

26 April 2010 - Barisan Nasional (BN) merampas kembali kerusi Parlimen Hulu Selangor apabila calonnya, P. Kamalanathan menewaskan peguam terkenal dan bekas menteri Datuk Zaid Ibrahim dengan majoriti 1,725 undi dalam pilihan raya kecil paling sengit sejak pilihan raya umum 2008.

Ketua Penerangan MIC yang juga seorang pegawai perhubungan awam itu memperoleh 24,997 undi menewaskan Zaid, yang dipecat daripada UMNO pada Disember 2008 kerana menghadiri perhimpunan parti pembangkang.

Bekas Anggota Parlimen Kota Baharu yang kemudiannya menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu menerima 23,272 undi.

Sejumlah 731 undi rosak pada pilihan raya kecil yang menyaksikan sejumlah 48,935 pengundi atau 75.87 peratus pemilih keluar mengundi pada Ahad. Kawasan Parlimen Hulu Selangor mempunyai 64,500 pengundi.

Pada pilihan raya umum 2008 yang merupakan “tsunami politik” bagi BN, Timbalan Presiden MIC Datuk G. Palanivel, yang juga merupakan Anggota Parlimen kawasan itu selama empat penggal, gagal mempertahankan kerusi apabila tewas dengan majoriti 198 undi kepada Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad daripada PKR. Dr Zainal Abidin meninggal dunia pada 25 Mac.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Pengerusi BN bersama-sama pemimpin parti komponen BN berada di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Pejabat Daerah di Kuala Kubu Bharu untuk meraikan kejayaan BN bersama-sama ribuan penyokong BN.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu, Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, Presiden Gerakan Tan Sri Koh Tsu Koon, Presiden Parti Progresif Penduduk Datuk M. Kayveas dan para pemimpin parti.

Sejak pilihan raya umum 2008, sebanyak 10 pilihan raya kecil diadakan, dengan BN memenangi tiga daripadanya, termasuk kemenangan kerusi Parlimen Hulu Selangor malam ini yang sangat penting bagi mendapatkan kembali keyakinan dan sokongan rakyat.

Ia merupakan kemenangan bermakna bagi BN, terutamanya kepada Najib yang semasa berkempen menyatakan bahawa pilihan raya kecil itu bukan sahaja untuk memilih seorang Anggota Parlimen tetapi merupakan pungutan suara bagi hala tuju baru negara.

Najib sendiri turut turun berkempen sebaik sahaja kembali ke tanah air selepas melakukan lawatan luar negara, pergi ke kampung-kampung, bandar, kawasan rancangan Felda, bersama timbalannya Muhyidin yang saban hari berada di Hulu Selangor sejak penamaan calon pada 17 April.

Bulan depan, satu lagi pilihan raya kecil akan diadakan, iaitu kerusi Parlimen Sibu, ekoran kematian penyandangnya Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Robert Lau Hoi Chew.

Ia bukanlah satu laluan mudah bagi BN kerana pada awalnya terpaksa menempuh keadaan sukar memilih calon apabila MIC bertegas mencadangkan Palanivel menjadi calon BN manakala pucuk pimpinan BN mahukan muka baru seperti yang dikehendaki peringkat akar umbi.

Akhirnya, mereka bersetuju dengan pemilihan Kamalanathan atas dasar kompromi.

BN juga berhadapan dengan pakatan PKR-DAP-PAS yang diketuai Ketua Pembangkan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendapat sambutan dan menarik minat orang ramai namun ia tidak berupaya mengatasi parti pemerintah yang berusaha menyelesaikan banyak masalah rakyat setempat, termasuk isu-isu kebajikan dan kehendak pengundi.

Oleh : (Bernama).

Khamis, 22 April 2010

Forum Keluarga : "Komunikasi Suami Isteri Pengikat Kasih Sayang"

Forum Perdana
"Komunikasi Suami Isteri pengikat Kasih Sayang"
.
22 April 2010
.
Bertempat di PULAPOL Jalan Semarak
.
Satu Forum Perdana telah diadakan di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) di Jalan Semarak Kuala Lumpur pada 22 April 2010. Forum ini telah di anjurkan oleh Badan Agama dan Kebajikan (BAKA). Forum Perdana ini bertajuk "Komunikasi Suami Isteri Pengikat Kasih Sayang". Forum ini telah bermula pada jam 9.30 pagi dan berakhir pada jam 11.30 pagi.
.
Forum ini telah di kendalikan oleh Ustaz Sha'bani (Institut Darul Qur'an) yang telah bertindak selaku Moderator. Ahli-ahli panel forum ini terdiri daripada Ustaz Suhaimi yang merupakan Pendaftar Nikah dan Cerai daripada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Sementara seorang lagi ahli panel yang telah dijemput adalah Saudara Syamsul Amri bin Hj Ismail yang merupakan Eksekutif Kajian Dasar Intellectual Orator Consultant (IOC).
.
Forum ini telah berlangsung dengan meriahnya apabila ahli-ahli panel telah berjaya menghidupkan suasana dengan membawakan contoh-contoh serta kisah berkaitan suami isteri yang benar-benar mencuit hati.
.
Kami daripada Blog Alumni Debat Malaysia (ADAM) dengan ini mengucapkan tahniah di atas kejayaan serta inisiatif melaksanakan program ilmu seperti ini.
.
Ustaz Taib bin Masron memulakan majlis dengan bacaan doa
Doa dibaca dengan penuh ketenangan bagi mendapatkan keberkatan Ilahi
Moderator dan ahli-ahli panel mengaminkan bacaan doa
Kesemua peserta yang hadir telah bersedia mengikuti forum yang akan bermula
Moderator memulakan sesi alu-aluan dengan memperkenalkan diri serta barisan ahli panel
Soalan diperdengarkan kepada semua
Ustaz Suhaimi mula menjawab persoalan yang diberikan berkaitan Tips Keluarga Bahagia
Saudara Syamsul pula mengupas berkenaan pendekatan komunikasi yang sesuai bagi menangani konflik rumahtangga
Suasana yang dirakamkan dari belakang dewan
Para peserta fokus dengan mendengar forum yang disampaikan
Saudara Syamsul memberikan ulasan lanjut berkenaan isu komunikasi
Suasana ceria menyelubungi dewan apabila mendengarkan variasi jawapan daripada ahli panel
Soalan yang diajukan oleh peserta berkaitan sikap calon isteri yang pendiam
Persoalan dibangkitkan berkenaan bagaimana jikalau suami isteri seringkali berbohong 'sedikit' demi menjaga hati pasangan masing-masing
Peserta ini pula mengajukan soalan berkenaan tips mempertahankan kebahagiaan rumahtangga serta isu percintaan dengan warga asing yang kian menjadi-jadi dewasa ini
Ustaz Sha'bani mengilas terlebih dahulu soalan-soalan yang diajukan sebelum dijawab oleh ahli-ahli panel
Saudara Syamsul memulakan sesi menjawab soalan terlebih dahulu
Sebaik sahaja selesai program, kesemua moderator, ahli-ahli panel forum dan peserta menuju ke ruang hidangan bagi menikmati jamuan yang telah siap sedia dihidangkan
.
.
.
Disediakan oleh : EDITOR

Sabtu, 17 April 2010

Pidato Festival Kesenian Islam anjuran KEMAS Parlimen Seremban

Pertandingan Pidato
Festival Kesenian Islam
anjuran
KEMAS Parlimen Seremban
.
17 April 2010
.
Bertempat di SMKA Sheikh Hj Mohd Said, Seremban
.
.
Alhamdulillah, sebagaimana yang dinyatakan di atas, saya telah berpeluang sekali lagi menjadi hakim pertandingan Pidato Festival Kesenian Islam yang mana dahulunya dikenali sebagai Ihtifal.
.
Di dalam majlis ini saya telah berjanji untuk memberikan komentar buat peserta yang bertanding melalui laman blog ini bagi memudahkan setiap peserta mendapat tunjuk ajar serta teguran secara terperinci (detail) bagi dijadikan panduan serta bekalan untuk mana-mana pertandingan yang bakal disertai di masa akan datang.
.
Baiklah komentar-komentarnya adalah seperti berikut:
.
Peserta Pertama : Rosemah Mohd Zin
.
Beliau membawa topik "Konsep 1 Malaysia". Masalah utama beliau adalah apabila beliau membaca teks di sepanjang pidato beliau disampaikan. Maka markah kelancaran penyampaian dan gaya pasti akan terganggu. Keyakinan juga tidak wujud sama sekali kerana beliau seolah-olah memasuki pertandingan membaca berita dan bukannya berpidato! Pemahaman serta penghayatan terhadap isikandungan juga tiada sama sekali lantaran membaca teks tanpa nada sesuai dipadankan dengan apa yang dilafazkan, akhirnya beliau gagal sama sekali menarik minat audiens untuk mendengar.
Peserta Kedua : Nurdiana Sibon
.
Peserta ini juga membawakan tajuk "Konsep 1 Malaysia". Kali ini peserta ini sedikit harapan dilihat berbanding peserta pertama apabila beliau tidak membawa teks ketika menyampaikan pidato. Namun, terdapat masalah di mana; gaya yang tidak 'natural' seolah dibuat-buat. Ini mungkin terjadi kerana beliau menggunakan teknik hafalan tanpa memahami isikandungan yang disampaikan. Penghayatan kurang, tiada pemahaman, wajah acapkali berkerut kerana cuba mengingati teks yang telah dihafal (agaknyalah), yang mana akhirnya turut mencacatkan penyampaian secara keseluruhannya
Peserta Ketiga : Nursyasafeza Omar
.
Peserta ini pula membawa tajuk "Muhibbah Membentuk Perpaduan". Peserta ini tidak membawa teks tetapi mengulang kesalahan yang sama. Kerap kali 'hilang' punca apabila terlupa teks yang dihafal. Isi yang terlalu sedikit, sehinggakan pidato disudahkan tidak sampai pun 5 minit, sedangkan masa diberi 7 minit untuk setiap peserta. Isi tidak disusun hinggakan seolah-olah beliau hanya menyampaikan 1 isi sahaja.


Peserta Keempat : Asnorazila Bukhari

Peserta ini sekali lagi memilih tajuk "Konsep 1 Malaysia" kelihatan sedikit tersusun cuma permasalahan menghafal berulang semula. Namun teks dipegang ditangan. Walaupun melihat sekali sekala namun ia jelas mengganggu persembahan beliau. Masa yang tidak diurus dengan baik sehinggakan penyampaiannya melangkaui 10 minit. Tempo penyampaian yang agak 'perlahan' menjadikan penyampaian agak membosankan.

.

Kesimpulannya, saya boleh gambarkan bahawa kesemua peserta pada hari ini kekurangan isi, tiada struktur serta gagal memahami konsep pidato dan pengucapan awam iaitu "Beritahu apa yang ingin disampaikan, sampaikan dan beritahu apa yang telah disampaikan". Dalam ertikata lain kesemua pidato tidak menyatakan outline di dalam pidato yang disampaikan mengakibatkan pidatonya tidak tersusun dan menerawang tanpa arah tuju. Fakta yang kurang juga menjeaskan kematangan isi yang disampaikan oleh pemidato. Tiada langsung pembukaan (introduction) dan penutup (closing) yang menarik daripada peserta.

Apa pun saya ucapkan tahniah di atas keberanian peserta, selamat maju jaya dan tahniah kepada yang berjaya!!!

.

Syamsul Amri bin Hj Ismail

Presiden

Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM)

Jumaat, 16 April 2010

Ceramah "Pengurusan Konflik Suami Isteri"

Ceramah "Pengurusan Konflik Suami Isteri"
.
Disampaikan Oleh : Syamsul Amri Ismail (IOC)
.
Tempat : Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bangi
.
Tarikh : 10 Mac 2010
.


















Disediakan oleh : EDITOR

Ceramah "Motivasi Kepimpinan Pelajar" SMK Triang Hilir

Saudara Syamsul menerima cenderahati tanda kenangan yang disampaikan oleh Pengetua SMK Triang Hilir
.
Pada 10 April 2010 yang lalu, Saudara Syamsul Amri Ismail (Eksekutif Kajian Dasar, IOC) telah dijemput sekali lagi menyampaikan ceramah Motivasi Kepimpinan Pelajar. Setelah beberapa minggu yang lalu berceramah mengenai topik yang sama di SMK Dato Undang Musa Al-Haj, kali ini beliau menyampaikannya pula di Kampung ibu beliau iaitu bertempat di SMK Triang Hilir, Simpang Durian, Jelebu.
.
Beliau menyampaikan ceramah kepada 77 orang pelajar yang telah dipilih menjadi Pengawas dan Pengawas Pusat Sumber. Antara lain, Sdr. Syamsul mengingatkan pelajar agar sentiasa fokus dengan pelajaran walaupun sibuk dengan aktiviti serta pelbagai tanggungjawab selaku pemimpin kepada pelajar.
.
Beliau menyampaikan ceramah mulai jam 10.30 pagi hinggalah ke jam 12.30 tengahari. Saudara Syamsul kemudiannya menikmati jamuan makan tengahari bersama-sama Pengetua, Guru-Guru serta beberapa orang fasilitator yang didatangkan khas daripada Kolej PTPL Seremban.
.
.
.
Disediakan oleh : EDITOR