Selasa, 29 Mei 2012

Seminar Motivasi Pelajar SK Seri Pagi di Port Dickson


Seminar Motivasi Pelajar
"Pengurusan Masa Kunci Kecemerlangan"
26 Mei 2012
Kem UNITI, Pasir Panjang, Port Dickson

26 Mei 2012, Port Dickson: Satu program Motivasi Pelajar telah dianjurkan oleh pihak Sekolah Kebangsaan Seri Pagi dengan kerjasama Sekolah Kebangsaan Bandar Seri Putra, Puchong. Program ini melibatkan kira-kira 180 orang pelajar elit yang berada di dalam tahun 6 dan bakal menduduki peperiksaan UPSR pada tahun 2012 ini.

Program ini telah diadakan mulai 26 Mei 2012 hingga 27 Mei 2012 bertempat di Kem UNITI, Pasir Panjang, Port Dickson.

Di antara penceramah undangan yang telah dijemput hadir adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau telah menyampaikan ceramah bertajuk "Pengurusan Masa Kunci Kecemerlangan". Beliau menyampaikan ceramah selama 2 jam mulai jam 9 malam hingga ke jam 11 malam.

Dengan ini EDITOR mengucapkan tahniah di atas usaha serta inisiatif yang telah dilakukan oleh pihak SK Seri Pagi bagi menjayakan program ini. Bersama dengan ini dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan di sepanjang program ceramah pada malam tersebut berlangsung.
 

Disediakan oleh : EDITOR

Seminar "Obor Kasih" : Ceramah "Ombak Rindu" (Album 1)



24 Mei 2012, Seremban : Satu Seminar "Obor Kasih" telah diadakan bertempat di Pusat Dakwah Islamiah, Paroi. Seminar ini merupakan anjuran Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan (JAINS). Program Seminar ini benar-benar mendapat sambutan apabila dihadiri oleh kira-kira lebih 1,000 orang peserta dari seluruh Negeri Sembilan.

Program seminar ini dimulakan dengan ceramah berupa pembentangan kertas kerja bertajuk "Ombak Rindu" yang telah disampaikan oleh Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Ceramah beliau berlangsung mulai jam 9.00 pagi hingga ke jam 11.00 pagi. Ceramah beliau benar-benar telah menggamatkan suasana Dewan di Pusat Dakwah Islamiah ini dengan beliau berkongsi pelbagai kisah kehidupan dan tauladan untuk renungan semua dengan gaya dan cara cukup bersahaja.

Sebaik sahaja selesai ceramah beliau, program bersambung dengan Slot Forum yang mana ahli panelnya terdiri daripada Ustaz Muhammad Fauzi Mustaffa (Al-Kuliyyah-TV3) dan juga Ustazah Rasidah binti Adam (Jabatan Mufti Negeri Sembilan). Ahli Panel berbicara berkaitan tajuk "Keluarga Positif Dakwah Efektif".

Tahniah diucapkan kepada pihak JAINS di atas usaha serta inisiatif di dalam menjayakan program seperti ini. 

Menerusi folder ini dan folder-folder berikutnya, EDITOR dengan ini berkongsi gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan di sepanjang program ini berlangsung.
 
 

Disediakan oleh : EDITOR