Ahad, 6 Mei 2012

Ceramah Kekeluargaan di Masjid As-Solihin, Felda Palong 6


5 Mei 2012, Palong : Satu Ceramah Kekeluargaan telah diadakan bertempat di Masjid As-Solihin, Felda Palong 6. Program ceramah ini merupakan program anjuran Gabungan Persatuan Wanita (GPW) Felda Palong 6. Turut hadir ke program ini YBhg Tuan Hj Abd Raouf bin Yob (Imam Masjid As-Solihin), Tn Hj Sadikin Hj Ramli (Nazir Masjid As-Solihin), Pn. Fauziah Md Zin (Wakil Pengurus Felda Palong 6) dan Pn Rohaya selaku Pengerusi GPW Felda Palong 6.

Penceramah undangan bagi program ini ialah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau menyampaikan ceramah mulai jam 3.00 petang hingga ke jam 5.00 petang. Para peserta nyata tidak kering gusi mendengar pelbagai kisah dan tauladan untuk dijadikan renungan serta iktibar di dalam menjalani penghidupan berkeluarga.

Berikut dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan di sepanjang program tersebut berlangsung.


Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: