Selasa, 31 Mac 2015

Ceramah Motivasi Keluarga di Taman Seri Pulai 2, Sikamat


31 Mac 2015, Seremban : Satu Program Ceramah Motivasi Kekeluargaan dan Kemasyarakatan telah diadakan bertempat di Surau Darul Taqwa, Taman Seri Pulai 2, Sikamat, Seremban. Program ini diadakan bagi mengisi slot Kuliah Maghrib di sini.

Penceramah yang telah diundang ke program ini adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau telah menyampaikan ceramah bertajuk : "Menjalani Kehidupan Berkeluarga dan Bermasyarakat".

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan disepanjang program ceramah tersebut berlangsung.


Disediakan oleh : EDITOR

Ahad, 29 Mac 2015

Ceramah Motivasi Kepimpinan Remaja di Putrajaya


29 Mac 2015, Putrajaya : Satu Program Motivasi Kepimpinan Remaja Dalam Komuniti telah diadakan bertempat di Dewan Komuniti Blok 4F Fasa 4, Presint 9, Putrajaya. Program yang dianjurkan ini turut mendapat kerjasama daripada Jabatan Penerangan Wilayah Persekutuan. Program ini telah dirasmikan oleh YBhg Datuk Rahimi Rejab, Setiausaha Sulit Kanan, Menteri Wilayah Persekutuan.

Penceramah yang telah diundang bagi menyampaikan ceramah motivasi kali ini adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau telah menyampaikan ceramah bertajuk : "Kepimpinan Remaja Dalam Komuniti".

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan disepanjang program ceramah tersebut berlangsung.


Disediakan oleh : EDITOR