Ahad, 8 Mac 2015

Seminar Rejuvenasi Minda Istana Kehakiman, Putrajaya (Hari Pertama)


4 Mac 2015, Putrajaya : Satu Program Program Ceramah Motivasi "Rejuvenasi Minda" telah diadakan khusus buat para Pegawai dan Kakitangan Istana Kehakiman (Palace of Justice), Putrajaya. Program yang berlangsung semala dua hari ini telah berlangsung di Dewan Persidangan, Istana Kehakiman, Putrajaya.

Penceramah yang telah diundang ke program ini adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Pada hari pertama ini beliau telah menyampaikan ceramah menerusi tiga slot iaitu : "Teknik Pemikiran Strategik", "Problem Solving and Effective Decision Making" dan "Pemantapan Disiplin Diri".

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar ketika hari pertama program tersebut berlangsung.


Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: