Rabu, 31 Julai 2013

Ceramah Motivasi "Penghayatan Ramadhan" di SME Corp., KL

29 Julai 2013, Kuala Lumpur : Satu Program Ceramah telah diadakan bersempena dengan Ramadhan Al-Mubarak. Program anjuran Kelab AKRAB di SME Corp. ini telah diadakan bertempat di Aras 5, Bangunan SME Corp. Malaysia, Kuala Lumpur.

Penceramah undangan yang telah diundang ke program ini adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau telah menyampaikan ceramah bertajuk "Ramadhan Dihayati, Sinar Syawal Dinanti". Beliau menyampaikan ceramah mulai jam 11.00 pagi hingga ke jam 1.00 petang.

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan di sepanjang program tersebut dilangsungkan.


Disediakan oleh : EDITOR