Jumaat, 19 Julai 2013

Ceramah "Ramadhan Dihayati Sinar Syawal Dinanti" di KDN, Putrajaya

18 Julai 2013, Putrajaya : Satu Program Ceramah 'Walk-in' bersempena dengan bulan Ramadhan Al-Mubarak telah diadakan bertempat di Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Putrajaya. Program ceramah ini berlangsung mulai jam 9.00 pagi hingga ke jam 10.30 pagi.

Program ceramah ini telah dihadiri oleh para pegawai serta kakitangan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang berkelapangan. 

Penceramah undangan bagi program ini adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau telah menyampaikan ceramah bertajuk "Ramadhan Dihayati, Sinar Syawal Dinanti". Untuk program kali ini Sdr Syamsul menekankan tentang tajuk Ramadhan terlebih dahulu, dan dijangkakan satu slot lagi akan diadakan di KDN untuk menekankan aspek Syawal pula di penghujung Ramadhan nanti. Bersama-sama kita nantikan...

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan di sepanjang program ceramah tersebut dilangsungkan.
   

Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: