Ahad, 21 Julai 2013

Ceramah Motivasi Kekeluargaan di UPNM, Sungai Besi



17 Julai 2013, Sungai Besi : Satu Program Ceramah Motivasi Kekeluargaan telah diadakan bertempat di Bangunan Lestari, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) di Sungai Besi, Kuala Lumpur. Program ceramah ini diadakan khusus buat para Pegawai, Kakitangan dan para Pelajar UPNM.

Penceramah undangan yang telah diundang ke program ini adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau menyampaikan ceramah bertajuk "Kemahuan Suami Terhadap Isteri Dari Aspek Kerjaya". Beliau telah menyampaikan ceramah berkenaan mulai jam 11.55 pagi hingga ke jam 1.30 petang.

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan disepanjang program ceramah tersebut berlangsung.


Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: