Rabu, 3 Julai 2013

Ceramah Motivasi "Pecutan Akhir UPSR 2013" SK Tebobon

2 Julai 2013, Kota Kinabalu : Satu Program Ceramah Motivasi khusus buat para pelajar yang bakal menduduki peperiksaan di Sekolah Kebangsaan Tebobon, Kota Kinabalu, Sabah telah diadakan bertempat di Dewan Gimnasium, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kota Kinabalu. Program ini berlangsung mulai jam 8.30 pagi hingga ke jam 10.30 pagi.

Turut hadir ke program ini adalah Tn Hj Azlan bin Ahmad, Yang DiPertua PIBG SK Tebobon.

Penceramah undangan yang telah diundang ke program ini adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau menyampaikan ceramah bertajuk "Pecutan Akhir UPSR 2013".

Berikut dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan disepanjang ceramah tersebut dilangsungkan.


Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: