Rabu, 29 Ogos 2012

Ceramah "Motivasi PPKMK" Untuk Jabatan Kesihatan NS

29 Ogos 2012, Port Dickson : Satu Program Kursus Dalam Perkhidmatan Pembantu Tadbir Pengkeranian & Operasi telah dianjurkan oleh pihak Bahagian Pergigian Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan. Kursus sehari ini telah dilangsungkan di Hotel Mesra, Port Dickson.

Di sebelah paginya program dimulakan dengan ceramah bertajuk "Komunikasi Berkesan" yang disampaikan oleh En Zulkifli bin Jantan pada jam 9.00 pagi hingga 10.00 pagi. Kemudiannya selepas sesi minum pagi sesi disambung dengan ceramah bertajuk "Tatakelakuan" yang telah disampaikan oleh Tuan Hj Samsudin bin Che Awang yang berlangsung pada jam 10.30 pagi hingga ke jam 12.30 tengahari.

Selepas selesai makan tengahari dan Solat Zohor sesi bersambung lagi. Kali dengan ceramah "Pemantapan Prestasi, Kualiti dan Mutu Kerja" (PPKMK) telah disampaikan oleh Sdr. Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Berliau berceramah mulai jam 2.00 petang hingga ke jam 4.30 petang.

Berikut dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan di sepanjang sesi ceramah Sdr Syamsul Amri berlangsung.


Disediakan oleh : EDITOR