Khamis, 9 Ogos 2012

Ceramah "Ihya Ramadhan" di MAIS, Shah Alam


10 Ogos 2012, Shah Alam: Satu Program Ihya Ramadhan 1433 Hijrah telah diadakan bertempat di Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) di Shah Alam. Program ini merupakan anjuran Kelab Sukan dan Kebajikan (KSK) MAIS

Program Ceramah "Ihya Ramadhan" ini telah turut dihadiri oleh En Mohd Asyraff bin Mohd Ali, Yang DiPertua KSK MAIS

Ceramah "Ihya Ramadhan" ini telah disampaikan oleh Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau menyampaikan ceramah mulai jam 9.00 pagi hingga ke jam 11.00 pagi.

Dengan ini EDITOR mengucapkan syabas dan tahniah di atas kejayaan KSK menganjurkan program yang mulia seperti ini apatah lagi bersempena dengan bulan Ramadhan Al-Mubarak ini. Dengan ini juga dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan di sepanjang program ceramah ini berlangsung.


Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: