Jumaat, 3 Ogos 2012

Ceramah "Penghayatan Ramadhan" di JPPM (Album 1)

3 Ogos 2012, Putrajaya : Satu Program Ceramah bersempena dengan kehadiran bulan Ramadhan 1433 Hijrah ini telah diadakan bertempat di Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia (JPPM), Putrajaya. Ceramah telah dilangsungkan di Bilik Mesyuarat JPPM di Tingkat 9. Ceramah berlangsung mulai jam 10.00 pagi hingga ke jam 12.00 tengahari.

Ceramah bertajuk "Ramadhan Dihayati, Sinar Syawal Dinanti" ini telah disampaikan oleh Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Pelbagai pesanan serta amalan berkaitan bulan Ramadhan yang mulia ini telah dikongsi bersama kakitangan-kakitangan JPPM yang telah berkesempatan hadir ke program ini.

Dengan ini EDITOR mengucapkan syabas dan tahniah di atas usaha serta inisiatif melaksanakan program yang mulia dan bermanfaat seperti ini.

Dengan ini dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan di sepanjang program ceramah ini berlangsung.


(Album 1)


Disediakan oleh : EDITOR

** Boleh lihat gambar-gambar lain berkaitan ceramah di JPPM ini di folder seterusnya iaitu di dalam "Album2"

Tiada ulasan: