Rabu, 30 Januari 2013

Ceramah "Rejuvenasi Minda" di SUK Pulau Pinang


30 Januari 2013, Pulau Pinang : Satu Program Ceramah Motivasi telah diadakan bertempat di Dewan Auditorium, Tingkat 5, Bangunan Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR). Program ceramah ini merupakan program anjuran Unit Latihan, Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Pulau Pinang. Program Ceramah berlangsung selama dua hari mulai 30 Januari 2013 sehingga 31 Januari 2013. Kira-kira 300 orang kakitangan Kerajaan dari pelbagai Jabatan dan Agensi Kerajaan dari seluruh Negeri Pulau Pinang telah menghadiri program ini.

Di antara penceramah yang telah diundang ke Program ini adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau telah menyampaikan ceramah bertajuk "Rejuvenasi Minda Menuju Kecemerlangan". Beliau menyampaikan ceramah ini mulai jam 9.00 pagi hingga ke jam 1.00 petang. Ceramah beliau nyata mendapat sambutan hangat dengan suasana gamat di Dewan Auditorium ini di sepanjang beliau menyampaikan ceramahnya.

Berikut dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan di sepanjang program ceramah tersebut dilangsungkan.


Suasana ketika menanti penerbangan ke Pulau Pinang dari KLIA

Suasana ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang
Setibanya di Pulau Pinang, Sdr Syamsul dibawa menginap di Hotel Cititel, Pulau Pinang
Suasana bilik penginapan yang disediakan oleh penganjur
Di antara pemandangan yang sempat dirakamkan dari dalam bilik penginapan Sdr Syamsul. Kelihatan di atas ini merupakan Bangunan KOMTAR, Pulau Pinang
Suasana di Meja Pendaftaran Peserta sebelum ceramah bermula
Sibuk menyemak senarai nama...
Sdr Syamsul sedang berbincang sesuatu bersama En Adib (Pegawai yang merupakan Ketua Unit Latihan, SUK Pulau Pinang)
Suasana di dalam Dewan Auditorium sebelum bermulanya ceramah...
Sdr Syamsul bersedia di pentas utama sebelum memulakan ceramahnya...
Sdr Syamsul memulakan ceramah bertajuk "Rejuvenasi Minda Menuju Kecemerlangan"

Disediakan oleh : EDITOR