Ahad, 20 Januari 2013

Bengkel Pengucapan Awam di MRSM Alor Gajah (Album 1)

18 Januari 2013, Alor Gajah : Satu Bengkel Pengucapan Awam telah diadakan khusus buat para pelajar di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Alor Gajah. Program ini melibatkan kira-kira 120 orang peserta yang berhasrat memperkukuhkan diri masing-masing dengan kemahiran Pengucapan Awam ini.

Ceramah telah disampaikan oleh Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau menyampaikan ceramah menerusi dua slot iaitu "Perihal Pengucapan Awam" dan "Seni Pengucapan Awam". Sebaik sahaja selesai ceramah program ini diteruskan dengan sesi praktikal oleh para peserta.

Dengan ini EDITOR mengucapkan syabas dan tahniah di atas inisiatif serta kejayaan melaksanakan program-program seperti ini.

Bersama di dalam ruangan ini dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan di sepanjang program ini dilangsungkan.

(Album 1)


Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: