Rabu, 27 November 2013

Ceramah Motivasi Pelajar di IPD Kuala Selangor

27 November 2013, Kuala Selangor : Satu Program Ceramah Motivasi telah dianjurkan oleh Badan Agama dan Kaunseling (BAKA) dan Kelab Polis IPD Kuala Selangor diadakan khusus buat para pelajar yang terdiri daripada anak-anak Pegawai dan Kakitangan Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor. Program ceramah ini telah diadakan bertempat di Rumah Kelab IPD Kuala Selangor. Program ceramah berlangsung mulai jam 8.30 pagi hingga ke jam 4.30 petang.

Di antara penceramah yang telah diundang ke program ini adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau telah menyampaikan ceramah bertajuk "Tanggungjawab Sebagai Anak, Hamba Allah dan Sebagai Pelajar".

Berikutnya dikongsikan bersama gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan disepanjang program ceramah berlangsung.


Disediakan oleh : EDITOR

Isnin, 25 November 2013

Ceramah Motivasi "Pengurusan Stress" untuk Pegawai JAIS

25 November 2013, Sungai Air Tawar : Satu Program Ceramah Motivasi "Pengurusan Stress" telah diadakan khusus buat para pegawai dan kakitangan yang terdiri daripada Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S27 dan Pembantu Hal Ehwal Islam Gred S17 (Lantikan Baru) di Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (JAIS). Program ini telah berlangsung di Dewan Kuliah Melati, Institut Latihan Selangor di Sungai Air Tawar, Selangor Darul Ehsan.

Program ceramah "Pengurusan Stress" ini disertai kira-kira 55 orang peserta di mana penceramah yang telah diundang bagi menyampaikan ceramah ini adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau telah menyampaikan ceramah mulai jam 8.00 malam hingga ke jam 11.00 malam.

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan disepanjang program ceramah beliau berlangsung.


Disediakan oleh : EDITOR