Isnin, 25 November 2013

Ceramah Motivasi "Integriti" untuk Pegawai Yayasan Negeri Sembilan (YNS)

23 November 2013, Shah Alam : Satu Program Ceramah Motivasi telah diadakan khusus buat para pegawai dan kakitangan Yayasan Negeri Sembilan (YNS). Program ini telah diadakan bertempat di Hotel Quality di Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

Di antara penceramah yang telah diundang adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau telah menyampaikan ceramah "Integriti Perkhidmatan Awam Menurut Perspektif Islam".

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan disepanjang program ceramah Sdr Syamsul dilangsungkan.


Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: