Khamis, 7 November 2013

Forum "Motivasi dan Usahawan Berjaya" di Kuala Pilah

29 Oktober 2013, Kuala Pilah : Satu Program Forum "Motivasi dan Usahawan Berjaya" telah diadakan bertempat di Dewan Dato' Bahaman, Kuala Pilah. Program ini merupakan usaha serta inisiatif pihak Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Negeri Sembilan yang mana melibatkan lebih daripada 500 orang usahawan dari seluruh Negeri Sembilan.

Program Forum ini telah menampilkan Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM) yang bertindak selaku Moderator manakala En Zakir Ali bin Zakaria daripada Z Rich Corporation Sdn Bhd pula telah diundang sebagai Panel membicarakan soal menjadi seorang usahawan yang berjaya.

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan disepanjang program Forum tersebut berlangsung.


Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: