Isnin, 25 November 2013

Ceramah "Teknik Penyampaian Khutbah Berkualiti" anjuran JAIM

24 November 2013, Ayer Keroh : Satu Program Bengkel Tahsin Khutbah Berkualiti khusus buat Pegawai Masjid Negeri Melaka 2013 bertempat di Ayer Keroh Country Resort, Melaka. Program ini dihadiri kira-kira lebih 150 orang Imam / Pegawai Masjid dari seluruh Negeri Melaka. Program ini telah dianjurkan oleh Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM).

Di antara penceramah yang telah diundang ke program ini termasuklah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau telah menyampaikan ceramah bertajuk "Teknik Penyampaian Khutbah / Pengucapan Awam Berkualiti".

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan disepanjang program ceramah tersebut dilangsungkan.


Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: