Ahad, 8 Mac 2015

Ceramah Motivasi Kekeluargaan di Taman Desaru, Sikamat


8 Mac 2015, Seremban : Satu Program Ceramah Motivasi Kekeluargaan telah dianjurkan oleh Persatuan Kaum Wanita Taman Desaru, Sikamat. Program ini telah dirasmikan oleh YB Dato' Hj Abu Ubaidah bin Hj Mohd Redza, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan.

Program ini telah berlangsung di Surau Al-Falah, Taman Desaru, Sikamat, Seremban.

Penceramah yang telah diundang ke program ini adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau telah menyampaikan ceramah bertajuk : "Rumahku Syurgaku".

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan disepanjang program ceramah tersebut berlangsung.


Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: