Jumaat, 27 Mac 2015

Ceramah Motivasi Kepimpinan Belia di IKBN Kuala Langat, Selangor


27 Mac 2015, Kuala Langat : Satu Program Ceramah Motivasi Kepimpinan Belia telah dianjurkan oleh Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Port Dickson. Program ini telah berlangsung di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kuala Langat. Ceramah ini diadakan khusus buat kira-kira 200 orang pelajar IKBN Kuala Langat.

Penceramah yang telah diundang ke program ini adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau telah menyampaikan ceramah bertajuk : "Rejuvenasi Minda : Kejayaan Kepimpinan Belia Negara".

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan disepanjang program ceramah tersebut berlangsung.


Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: