Jumaat, 16 April 2010

Ceramah "Motivasi Kepimpinan Pelajar" SMK Triang Hilir

Saudara Syamsul menerima cenderahati tanda kenangan yang disampaikan oleh Pengetua SMK Triang Hilir
.
Pada 10 April 2010 yang lalu, Saudara Syamsul Amri Ismail (Eksekutif Kajian Dasar, IOC) telah dijemput sekali lagi menyampaikan ceramah Motivasi Kepimpinan Pelajar. Setelah beberapa minggu yang lalu berceramah mengenai topik yang sama di SMK Dato Undang Musa Al-Haj, kali ini beliau menyampaikannya pula di Kampung ibu beliau iaitu bertempat di SMK Triang Hilir, Simpang Durian, Jelebu.
.
Beliau menyampaikan ceramah kepada 77 orang pelajar yang telah dipilih menjadi Pengawas dan Pengawas Pusat Sumber. Antara lain, Sdr. Syamsul mengingatkan pelajar agar sentiasa fokus dengan pelajaran walaupun sibuk dengan aktiviti serta pelbagai tanggungjawab selaku pemimpin kepada pelajar.
.
Beliau menyampaikan ceramah mulai jam 10.30 pagi hinggalah ke jam 12.30 tengahari. Saudara Syamsul kemudiannya menikmati jamuan makan tengahari bersama-sama Pengetua, Guru-Guru serta beberapa orang fasilitator yang didatangkan khas daripada Kolej PTPL Seremban.
.
.
.
Disediakan oleh : EDITOR

2 ulasan:

Razif Osman berkata...

sy adalah salah seorang plaja yg menirima motivasi tersebut....sy ingin menanyakan soalan skit...bila nak dtg sini lag...bagi motivasi....sakat sejam dua jam amat lah tidak cukup bagi sy...

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum Syawal...

terima kasih di atas minat saudara insya Allah, pihak IOC kini sedang merangka kertas kerja program yang bakal dilaksanakan dalam bulan Jun atau Julai. Sebarang perkembangan akan dimaklumkan kepada pihak sekolah nanti. Terima kasih di atas perhatian Saudara.

Khairul Effendy
Eksekutif IOC