Ahad, 11 Mac 2012

Forum Perdana : "Erti Sebuah Kehidupan" di Taman Jasmin Kajang

10 Mac 2012, Kajang : Satu program Forum Perdana dengan tajuk "Erti Sebuah Kehidupan" telah diadakan bertempat di Surau Taman Jasmin, Kajang. Program ini merupakan program anjuran bersama Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat, Badan Kebajikan dan Khairat Taman Jasmin, Jawatankuasa Surau Taman Jasmin, Unit PEMADAM Taman Jasmin serta Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Jasmin.

Program ini bermula selepas Solat Maghrib, kira-kira jam 8.00 malam. Bertindak selaku Moderator adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Ahli-ahli panelnya pula terdiri daripada Ustaz Dr. Abd. Rahman bin Mahmud, Pensyarah Jabatan Usuluddin, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan juga seorang lagi iaitu Ustazah Dr. Robiah binti Kulup Hamzah, iaitu Perunding Motivasi yang juga merupakan Mudirah Ustazah Pilihan.

Program ini telah berlangsung selama dua jam hingga ke jam 10.30 malam. Program ini nyata mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk di sini meskipun berlangsung dalam suasana hujan renyai-renyai. Apa pun tahniah dan syabas daripada EDITOR buat kesemua Ahli Jawatankuasa Penganjur yang berjaya melaksanakan program ini.

Berikut dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan ketika program tersebut berlangsung.


Pentas utama sebelum berlangsungnya programSdr Syamsul (Moderator) bergambar kenangan bersama Ustazah Dr Robiah Sdr Syamsul mendapatkan biodata Ust Dr Abdul RahmanForum dimulakan....Ahli-Ahli Panel tenang mendengar soalan-soalan yang diajukanPara penonton mendengar dengan fokus dan khusyukGiliran Ustazah Dr Robiah menjawab persoalan yang dikemukakanBarisan Jawatankuasa Surau yang turut sama menyaksikan forum iniSuasana di bawah khemahUstazah Dr Robiah menjawab soalan dengan penuh penghayatan Ustazah Dr Robiah menerima cenderahati daripada PenganjurUstaz Dr Abdul Rahman pula menerima cenderahatiSdr Syamsul selaku Moderator turut menerima cenderahatiDi antara yang tidak melepaskan beluang bergambar dengan ahli panelSempat juga bergambar di meja hidanganSuasana di meja hidangan untuk lelakiSdr Syamsul (Moderator) dan Ustaz Dr Abd Rahman sempat bergambar bersama barisan Jawatankuasa Penganjur Dari kiri; Tuan Imam Surau Taman Jasmin, Sdr Syamsul, Datuk Mohd Zin dan juga Ustaz Dr Abd Rahman

Disediakan oleh : EDITOR

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

askm..terharu melihat teman2 muslimah bergambar bersama idola saya. Malangnya tidak dapat turut serta pd mlm itu kerana menghadiri jmputan tahlil di semenyih, namun masih sempat berganding bahu sehingga kepetang bersama teman muslimah dalam menyediakan persiapan majlis tersebut. Tahniah utk pihak penganjur krn berjaya menganjur forum yang amat bermakna n berkesan dihati jamaah tmn jasmin yg begitu dahagakn forum2 sebegini..diharap forum ini bukanlah yang terakhir n moga ada lagi yg akan menyusul..wslm