Jumaat, 27 Jun 2014

Ceramah Motivasi "Kompetensi Keusahawanan" di Port Dickson

18 Jun 2014, Port Dickson : Satu Program Ceramah Motivasi Keusahawanan di Program Azam Tani telah dianjurkan oleh Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM). Program ini telah berlangsung di Hotel Guest & Spa, Port Dickson.

Penceramah yang telah diundang ke program ini adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau telah menyampaikan ceramah bertajuk "Kompetensi Keusahawanan".

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan disepanjang program tersebut dilangsungkan.



Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: