Jumaat, 19 Jun 2015

Ceramah Penghayatan Ramadhan 1436 Hijrah di UIAM, Petaling Jaya


19 Jun 2015, Petaling Jaya : Satu Program Ceramah Penghayatan Ramadhan 1436 Hijrah telah diadakan bertempat di Dewan Auditorium A, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Kampus Petaling Jaya. Program ini diadakan khusus buat para Pegawai, Pensyarah, Pelajar dan Kakitangan UIAM Petaling Jaya.

Penceramah yang telah diundang ke program ini adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau telah menyampaikan ceramah bertajuk : "Memburu Ramadhan Yang Terbaik".

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan disepanjang program ceramah tersebut berlangsung.


Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: