Selasa, 9 Jun 2015

Ceramah Kuliah Maghrib di Surau Al-Badru, Taman Dusun Setia, Seremban


1 Jun 2015, Ampangan : Satu Ceramah Kuliah Maghrib telah diadakan bertempat di Surau Al-Badru, Taman Dusun Setia, Ampangan, Seremban. Program Kuliah Mingguan ini berkisar tentang isu-isu agama dan pelbagai perkembangan semasa.

Penceramah yang telah diundang ke program ini kali ini adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau telah menyampaikan ceramah bertajuk : "Menginsafi Peristiwa Israk Mikraj, Disebalik Malam Nisfu Sya'aban, dan Persediaan Menghadapi Ramadhan Al-Mubarak".

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan disepanjang program ceramah tersebut berlangsung.


Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: