Ahad, 20 Februari 2011

Sesi Bersama Pendebat UPNM

20 Februari 2011, Kuala Lumpur : Satu sesi perbincangan (mini bengkel) telah diadakan di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM). Sesi ini telah diaturkan oleh Jurulatih debat UPNM iaitu Sdr Norhalis. Sesi ini diadakan bagi mengembalikan semangat serta berkongsi idea serta tips-tips untuk kejayaan debat di masa akan datang.
.
Sesi ini telah diadakan bermula dari jam 9.00 pagi hingga ke jam 1.00 petang. Bagi menyempurnakan sesi ini, tetamu undangan yang telah dijemput adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, bekas Pendebat UiTM yang juga merupakan Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM).
.
Norhalis yang juga merupakan junior Syamsul ketika di UiTM turut sama membantu ketika sesi ini dijalankan bertempat di bilik Latihan Debat UPNM.
.
"Saya melihat potensi yang cukup besra buat para pendebat UPNM untuk mara dengan lebih jauh lagi di dalam arena perdebatan tanahair ini, malahan saya percaya mereka mampu berjaya dengan cemerlang seandainya usaha berterusan dan konsisten dijanakan. Belum pernah saya melihat peserta yang begitu fokus dan juga berdisiplin di dalam sesi latihan sepertimana pasukan ini. Saya tidak terperanjan jika tahun ini bermulanya kemenangan berpihak kepada pasukan UPNM", ulas Sdr Syamsul ketika ditanya sebaik sahaja selesai program.
.
Sdr Norhalis ketika menyusun atur para pendebat untuk sesi bergambar
Pelbagai ragam dan karenah
Bergambar bersama tanda kenangan
.
.
.
Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: