Ahad, 13 Februari 2011

Team Building USIM di Melaka : Mencungkil Potensi Diri Para Pejuang Debat USIM!!

Program Team Building
Pendebat
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris & Bahasa Arab
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
.
12 hingga 13 Februari 2011
.
Bertempat di Shah's Beach Resort, Melaka
.
.
Mulai 12 Februari 2011, lebih kurang jam 3.00 petang, berkumpullah pendebat-pendebat USIM demi untuk mencari potensi diri dan memikirkan serta mencongak strategi ke arah menatapkan persediaan diri masing-masing sebelum kembali semula berjuang di arena perdebatan tanahair.
.
Program yang dirancang oleh Kelab Debat & Pidato USIM ini telah dikelolakan melalui Presiden Kelab iaitu Sdr Qayyum Musa.
.
Program ini menghimpunkan pendebat-pendebat universiti daripada kategori Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab.
.
Setiap kategori dikawal selia oleh Jurulatih Debat masing-masing. Pasukan debat Bahasa Melayu dikawal selia oleh Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, pasukan debat Bahasa Inggeris oleh Miss Afzan dan pasukan debat Bahasa Arab oleh YBhg Ustaz Ahmadullah.
.
Program ini telah berlangsung selama 2 hari dan 1 malam bertempat di Shah's Beach Resort, Melaka. Resort ini merupakan satu lokasi yang sangat menarik, indah dan menenangkan dan pastinya sangat sesuai buat para pendebat berkumpul demi mencari startegi serta buah fikir ke arah memantapkan kemampuan perdebatan masing-masing.
.
Kesemua peserta berangkat pulang kira-kira jam 3.00 petang, 13 Februari 2011.
.
Program ini mengandungi pelbagai pengisian serta slot yang memberikan peluang kepada sekelian pendebat USIM untuk memperbaiki mutu perdebatan masing-masing. Mudah-mudahan usaha murni USIM ini menjanjikan kejayaan USIM di masa akan datang, mudah-mudahan...
.







.
.
.
Disediakan oleh : EDITOR
.
.
p/s : di dalam folder berikutnya, terkandung kesemua gambar-gambar di sepanjang program ini berlangsung.

Tiada ulasan: