Rabu, 9 Februari 2011
Kursus Pengurusan Keluarga & Kerjaya Pegawai Awam PDRM
Kursus Pengurusan Keluarga & Pegawai Awam
Polis DiRaja Malaysia
Siri 1/2011
.
.
Kursus sepertimana yang disebutkan telah diadakan pada 7 hingga 11 Februari 2011. Kursus ini telah dianjurkan oleh Cawangan Kaunseling, Bahagian Agama dan Kaunseling (BAKA) Maktab Polis DiRaja Malaysia, Kuala Lumpur.
.
Objektif kursus ini diadakan adalah untuk meningkatkan kesedaran dan pengetahuan kepada warga PDRM mengenai pentingnya mengimbangi peranan sebagai ibubapa dan sebagai seorang pekerja. Ia juga bertujuan memberikan kemahiran serta panduan caragaya keibubapaan untuk menghadapi cabaran keluarga di setiap kitaran hidup berkeluarga (family life cycle).
.
Ia juga boleh membantu warga PDRM dalam menyiapkan diri dan kemahiran ke arah melahirkan keluarga yang berilmu, hidup dalam suasana mesra, berkasih sayang dan harmoni.
.
Sdr Syamsul Amri, Presiden ADAM adalah diantara penceramah yang telah dijemput hadir menyampaikan ceramah pada program ini. Sdr Syamsul telah dijemput hadir menyampaikan ceramah pada 9 Februari 2011 menerusi dua slot iaitu Slot "Pembentukan Jatidiri & Sahsiah Matang & Berketrampilan" dan juga Slot "Komunikasi Berkesan Keluarga & Kerjaya".
.
Tahniah diucapkan buat BAKA yang telah berjaya menganjurkan program ini.
.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan