Rabu, 14 Disember 2011

Seminar "Pengucapan Awam" Anjuran Wanita UMNO Bahagian Seremban (Album 2)

ALBUM 2

SEMINAR PENGUCAPAN AWAM

Anjuran Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Seremban

14 DISEMBER 2011

BERTEMPAT DI TAMAN MALAYSIA, LAKE GARDEN, SEREMBAN Disediakan oleh : EDITOR

Isnin, 5 Disember 2011

Seminar Undang-Undang PBT di MD Ketereh, Kelantan

4 Disember 2011, Ketereh : Satu Seminar Undang-Undang Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) telah diadakan bertempat di Majlis Daerah Ketereh di Ketereh, Kelantan Darul Naim. Seminar ini telah dianjurkan oleh MD Ketereh selaku tuan rumah dan disertai oleh kira-kira 60 orang Pambantu Penguatkuasa PBT daripada seluruh Negeri Kelantan.

Seminar ini melibatkan Proses, Prosedur dan Tatacara Penguatkuasaan.

Penceramah yang diundang khas adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM) yang juga merupakan Seorang Penasihat Undang-Undang di Majlis Perbandaran Nilai. Ini adalah ekoran daripada tindakan yang tegas dan serius yang telah diambil oleh pihak MPN pada tahun 2010 dan 2011 di dalam memerangi kegiatan Judi Internet Haram serta Rumah-Rumah Urut. Menerusi Seminar ini Sdr Syamsul juga telah berkongsi pengalaman berkaitan kes-kes mahkamah yang pernah diambil serta operasi bersepadu yang pernah dijalankan bersama lain-lain agensi bagi memastikan tindakan tegas dapat diambil ke atas pengusaha-pengusaha aktiviti yang tidak bermoral ini.

Seminar tersebut telah berlangsung mulai jam 8.00 pagi hingga ke jam 5.00 petang.

Menurut penganjur, seminar ini penting bagi memastikan semua anggota penguatkuasa dapat menjalankan tindakan penguatkuasaan dengan teratur dan rapi dan paling penting sekali tidak menyalahi prosedur dan undang-undang.

Pengacara Majlis mempengerusikan programEn Syamsul bersedia sebelum menyampaikan seminarDi antara para peserta yang telah berkesempatan hadirSuasana ketika menyampaikan seminarAhli Majlis MD Ketereh ketika menyampaikan ucapan perasmian penutup programSesi bergambar bersama sebahagian daripada para peserta Lagi gambar yang telah sempat dirakamkan

Disediakan oleh : EDITOR

Rekod Baru 222 Jam Akhirnya Dicatatkan!!

SHAH ALAM 3 Dis. - Program bermanfaat yang dianjurkan Universiti Teknologi Mara (UiTM) seperti Debat Bahasa Melayu 211 Jam Tanpa Henti (Debat 211 Jam) adalah wajar diteruskan atas rasional ia mampu memberi impak positif kepada pelbagai pihak.


Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM), berkata, penganjuran Debat 211 Jam yang merupakan kesinambungan program debat yang pernah dianjurkan sebelum ini mempunyai banyak manfaat dan kesan baiknya kepada pelajar serta pihak penganjur.


"Ini merupakan suatu peluang kepada para peserta yang terdiri daripada pelbagai latar belakang untuk menyatakan hujah dan menyuarakan pendapat melalui saluran yang mampu didengar oleh orang ramai," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.


Menurutnya lagi, program seperti ini perlu diteruskan bagi melahirkan generasi pelajar dan masyarakat yang peka serta mempunyai sifat mengambil tahu tentang isu-isu semasa.


"Selain itu, penganjuran program seperti ini juga dilihat sebagai landasan tepat dalam usaha pihak universiti untuk melahirkan pemimpin muda berfikiran kritikal, analitikal dan kreatif yang semakin kurang di institusi pengajian tinggi pada masa kini," jelasnya.


Sementara itu, pelajar Fakulti Pendidikan UiTM, Lina Zainal, 24, pula memberitahu, usaha penganjuran debat ini perlu diteruskan lagi pada masa hadapan dalam usaha meningkatkan keyakinan pelajar selain menambahkan minat mereka terhadap program debat.


"Ia juga mampu membuktikan persepsi baru bahawa debat itu bukan semata-mata bertikam lidah, menyokong pendirian sendiri dan mematahkan usul pihak lawan tetapi merupakan landasan untuk menyuarakan pendapat yang penuh fakta dan bermaklumat," katanya.


Dalam pada itu Sdr Syamsul sendiri yang juga merupakan alumni debat kepada UiTM telah turut sama beraksi selaku pihak Pencadang dengan usul "Perpaduan Nasional Tanggungjawab Rakyat". Dan pada sidang yang ke 222, Sdr Syamsul telah terlibat selaku Yang DiPertua Dewan dengan dibantu oleh Pn Noriza selaku penjaga masa.


Di dalam sidang ke 222 ini Pencadang diwakili oleh Sdri Sumiyyah selaku Perdana Menteri, Sdr Norhalis selaku Timbalan Perdana Menteri dan Sdri Fatmah Faisol yang bertindak selaku Menteri Pertahanan. Manakala di pihak Pembangkang Sdr Zhafri telah bertindak selaku Ketua Pembangkang dengan dibantu oleh Sdr Mohd Faizal Abu Bakar selaku Timbalan Ketua Pembangkang dan Mohd Hidayat Mohd Sauffi selaku Pembangkang ketiga. Kesemua pendebat ini merupakan Alumni Debat UiTM.


Dengan ini EDITOR ingin mengucapkan tahniah kepada semua yang terlibat didalam menjayakan program ini.


Barisan alumni yang berjaya dihimpunkanBarisan alumni berehat minum sebaik sahaja selesai rekod 222 jam debat tanpa henti direkodkanBergambar bersama sijil pengiktirafan Malaysia Book of Records setelah mencatatkan masa rasmi 222 jam 40 minit dan 12 saat Sdr Syamsul bergambar bersama Sdr Hidayat dan keluarganya


Disediakan oleh : EDITOR