Selasa, 29 November 2011
Ceramah "Inovasi & Integriti" di MARA Kuala Lumpur
29 November 2011, Kuala Lumpur: Bersempena dengan Hari Inovasi, sekali lagi bagi tahun 2011, MARA di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur menganjurkan satu program Hari Inovasi. Pelbagai acara dilangsungkan antaranya Ceramah Inovasi, Penyampaian anugerah-anugerah seperti, Anugerah Pekerja Terbaik, Anugerah Markah SKT terbaik, dan macam-macam lagi.
Program ini dianjurkan oleh Bahagian Kenderaan MARA. Program ini telah dirasmikan oleh Pn Salmah Yati Zakaria, Pengarah Kanan, Bahagian Pelaburan MARA. Turut hadir sama di dalam program ini Pengarah dan Timbalan Pengarah Bahagian Kenderaan MARA.
Sebaik sahaja selesai program ucapan perasmian, majlis diteruskan dengan Ceramah Inovasi yang disampaikan oleh Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Ceramah beliau dengan tajuk "Inovasi & Integriti" telah berlangsung mulai jam 8.30 pagi hingga ke jam 10.30 pagi.
Berikut dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan di sepanjang program tersebut berlangsung.
Ceramah Pengucapan Awam UTEM
26 November 2011, Melaka : Satu program Bengkel Pengucapan Awam telah diadakan dengan kerjasama Persatuan Debat & Pidato Universiti Teknikal Malaysia (UTEM) bersama Persatuan Rakan Siswa (PRS) UTEM. Bengkel ini telah diadakan bertempat di Kompleks Falak Al-Khawarizmi di Tanjung Bidara, Melaka. Program ini melibatkan kira-kira lebih 30 orang pelajar-pelajar baru UTEM.
Menerusi program ini para peserta akan didedahkan dengan teknik pengucapan awam yang sebenar dan kemahiran ini dapat dimanfaatkan di sepanjang pengajian mahasiswa di universiti mahupun ketika mereka bergelar graduan kelak.
Program ini berlangsung selama 2 hari sehingga 27 November 2011.
Di antara penceramah undangan yang telah dijemput hadir adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau menyampaikan ceramah berkaitan 3 tajuk iaitu "Konsep Komunikasi", "Perihal Pengucapan Awam" dan "Teknik Pengucapan Awam". Ceramah beliau berlangsung mulai jam 8.30 pagi hingga ke jam 1.00 petang.
Dengan ini EDITOR ingin mengucapkan tahniah di atas inisiatif dan usaha pihak penganjur mengadakan program yang cukup baik dan bermanfaat ini dan adalah diharapkan agar program ini diteruskan lagi di masa-masa akan datang.
Langgan:
Catatan (Atom)
