Rabu, 27 Mac 2013

Seminar Pemantapan Penguatkuasaan & Undang-Undang PBT NS


27 Mac 2013, Tampin : Satu Program Pemantapan Penguatkuasaan dan Undang-Undang Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Sembilan telah diadakan bertempat di Dewan Pejabat Agama Islam Daerah Tampin. Program ini merupakan usaha murni yang telah digerakkan oleh barisan urusetia yang diterajui oleh Setiausaha Majlis Daerah Tampin (MDT) iaitu Tuan Abdul Quddus Nordin bersama-sama dengan Pn Latifah, Penolong Pegawai Undang-Undang MDT. Program ini telah dirasmikan oleh Tuan Hj Razali bin Bakar, Yang DiPertua, Majlis Daerah Tampin.

Ceramah-ceramah program bertajuk "Peranan Ahli-Ahli Majlis PBT", "Penguatkuasaan dan Tatacara Pendakwaan" serta "Pemahaman Konsep 1Malaysia Menurut Perspektif Perlembagaan" telah disampaikan oleh Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau telah menyampaikan ceramah mulai jam 8.30 pagi hingga ke jam 4.30 petang.

Berikutnya, dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan di sepanjang program tersebut dilangsungkan.


Disediakan oleh : EDITOR

Isnin, 25 Mac 2013

Forum Perdana Belia Sabak Bernam


20 Mac 2013, Sabak Bernam : Satu Program Forum Perdana Hal Ehwal Islam telah diadakan bertempat di Padang Politeknik Sultan Idris Shah, Sabak Bernam.  Forum Perdana ini telah diadakan dengan tema "Belia Penentu Masa Depan Negara". Program Forum Perdana ini telah berlangsung mulai jam 9.30 malam hingga ke jam 11.00 malam. Program ini telah berjaya dilaksanakan di bawah kelolaan Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Sabak Bernam.

Program ini telah dihadiri oleh kira-kira 1,000 orang penonton yang terdiri daripada pelajar Polikteknik serta penduduk-penduduk di sekitar Sabak Bernam. Turut hadir sama ke program ini adalah YB Datuk Abdul Rahman Bakri, Ahli Parlimen Sabak Bernam.

Program Forum Perdana ini menampilkan Sdr Suhaimi Sabran, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Sabak Bernam yang bertindak selaku Moderator, YBhg Imam Muda Amiril (Imam Muda Astro Oasis Siri 1) selaku Panel Pertama dan Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM) yang bertindak selaku Ahli Panel yang kedua.

Berikut dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan di sepanjang program tersebut dilangsungkan.

*********************************************************************

Forum  Perdana Hal Ehwal Islam
Bersempena Dengan 
Karnival Astro Fiesta Mesra Belia 1Malaysia
22 Mac 2013
Anjuran
Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Sabak Bernam
Padang Politeknik Sultan Idris Shah, Sabak Bernam

"Belia Penentu Masa Depan Negara"

(Album II)



Disediakan oleh : EDITOR

** Lagi gambar-gambar boleh dilihat menerusi folder berikutnya