lain beliau membicarakan betapa rakyat Malaysia perlu bersyukur kerana kita berada di dalam nikmat kemakmuran dan keamanan, dan tidak menghadapi tempoh sukar sepertimana rakyat di Palestin yang menderita akibat kekejaman Rejim Israel. "Umat Islam dibedil, dibom tanpa perasaan perikemanusiaan. Di Malaysia ini, nikmat yang dikurniakan Allah ini tidak lain tidak bukan merupakan satu anugerah Allah yang diusahakan dan dinaungi oleh pemerintahan Barisan Nasional sejak sekian lama." beliau juga menyatakan kekesalan beliau ekoran tuduhan Parti Pembangkang daripada PAS yang melabelkan UMNO dan Barisan Nasional sebagai Israel.
Kuala Terengganu jika memilih Abdul Wahid Endut (calon PAS) yang juga merupakan ADUN Wakaf Mempelam, kerana sejak beliau menduduki DUN ini tidak ada sumbangan yang benar-benar ditunjukkan kepada rakyat. Dan apatah lagi jika beliau menduduki kerusi Parlimen, pasti kita juga tidak dapat melihat signifikan kalaupun dia dipilih. Oleh yang demikian wajarlah kiranya Calon BN dipilih dengan kredibiliti beliau yang terbukti tambahan lagi beliau mnasih muda."
asir kemudiannya menyatakan, "Apalah gunanya memilih calon PAS, apabila kita telah menyedari nanti apabila Ahli Parlimen tersebut memberi alasan yang beliau tiada peruntukan lah, tiada sokongan kerajaan pusatlah, apa gunanya. Kerana inilah alasan yang seringkali digunakan oleh wakil rakyat pembangkang untuk mengelak daripada tanggungjawab. Oleh yang demikian, Dato Wan Ahmad Farid (Calon BN) adalah calon terbaik!". Ceramah tersebut diakhiri dengan ceramah penutup oleh Penceramah Penerangan UMNO Malaysia, Saudara Syamsul Amri. Beliau menyatakan,"Walau apa pun alasan diberi pilihanraya Kuala Terengganu ini tidak akan mengubah hakikat bahawa Pakatan Rakyat masih lagi gagal memberikan impak sebagaimana yang mereka sering janjikan. Lihatlah di Perak, janji mereka yang tidak mahu membeli kenderaan mewah dan hanya ingin menggunakan kenderaan kerajaan negeri sedia ada akhirnya memungkiri janji dengan membeli beberapa buah Kereta Camry untuk digunakan bagi kegunaan Exco dan Pemimpin-Pemimpin PR di Perak. Cukup jelas di hadapan mata kita yang mereka gagal memenuhi janji yang mereka war-war kan sendiri. Demikian juga tindakan menghalau anak-anak yang belajar di kelas KEMAS juga, amat menjengkelkan dan tidak boleh diterima. Kenapa anak-anak ini dijadikan mangsa dan dendam mereka kepada Kerajaan. Maka seandainya rakyat memilih calon PAS maka bererti rakyat telah membazirkan undi mereka." Beliau turut menambah betapa Kerajaan barisan Nasional tidak sama sekali meminggirkan kepentingan rakyat apabila mengumumkan peruntukan 500 juta yang diberikan oleh Kerajaan Pusat bagi tujuan pembinaan 17,000 buah rumah untuk rakyat yang miskin tegar. Ini menggambarkan keikhlasan Kerajaan yang memerintah negara ini tidak perlu dipersoalkan sama sekali.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan