Khamis, 16 Julai 2009

Presiden ADAM Menerima Cahayamata Ketiga !!

Makluman Terkini!!!
Setelah sekian lama mendiamkan diri tanpa diketahui ke mana menghilang, akhirnya editor telah mendapat tahu bahawa Presiden ADAM bukan menghilang kan diri secara sengaja tetapi sibuk dengan kelahiran anak ketiganya pada 29 Jun 2009 yang lalu. Pada 29 Jun 2009 yang lalu, Saudara Syamsul menerima "Putera" ketiganya tepat jam 8.34 pagi dengan timbangan 3.9 kilogram. Setelah hari ketujuh kelahiran, anak ini diberi nama Dzaqwan Amri. Maka, tidak hairanlah beliau sudah lama tidak menulis di kolum ini.
Setelah ditanya, beliau mengakui yang beliau rindu untuk kembali menulis, malahan e-mail yang dikirim sudah menjadi agak banyak yang belum dijawab. Bila ditanya bila beliau akan menulis semula, beliau memberi respon, "selewat-lewatnya Ogos ini, insya Allah".
Apa-apa pun, Editor dan sekelian ahli Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM) mengucapkan tahniah buat Saudara Syamsul dan seisi keluarga di atas kelahiran ini.

Wajah Dzaqwan Amri setelah beberapa jam dilahirkan
Berada di pangkuan ibunyaSetelah tiba di rumah, Dzaqwan dibalut dengan kain
Berada di pangkuan "abah" tersayang
Lena di pangkuan
Melangkapkan 'Ultraman Tiga'; Danish Amri, Dhafir Amri dan Dzaqwan Amri
Lena di siang hari, malam belum tau lagi
Semoga Dzaqwan Amri akan cepat besar dan membawa rezeki melimpah ruah ke dalam keluarga ini, mudah-mudahan!!!
Disediakan oleh : EDITOR

2 ulasan:

UzaiR Rusli berkata...

Maka lengkaplah barisan pendebat Abg Achoi. Dah boleh masuk debat di raja ujung tahun nie. Tahniah!

sHe berkata...

oh, kena tambah researcher lagi 2 orang jugak kot.. ;)
tahniah jugak abg achoy!