Isnin, 19 Oktober 2009

Kenangan Berceramah di Pilihanraya Bagan Pinang

Pengalaman berceramah di Pilihanraya Bagan Pinang sememangnya tidak dapat saya lupakan. Ini adalah kali pertama saya dapat berceramah di dalam Pilihanraya Kecil DUN di dalam negeri sendiri. Bermula dengan Batu Talam, Ijok, PRU-12, Kuala Terengganu, Permatang Pauh, Manik Urai dan Permatang Pasir, barulah kini saya berpeluang berceramah di negeri sendiri di dalam pilihanraya kecil DUN .
Bermula dengan malam pertama pada 2 Oktober 2009, saya telah memulakan ceramah di Akademi Pembangunan Belia Port Dickson untuk ratusan pengundi muda Port Dickson. Diikuti dengan malam kedua pada 3 Oktober bersama dengan Ustaz Tajuddin (JASA Melaka), Saudara Lokman Nor Adam (Pemuda UMNO Malaysia) dan juga bersama calon BN Tan Sri Isa Samad. 4 Oktober 2009 saya berceramah bersama Ustazah Sharifah (JASA), Ustaz Kamal Saidin (Pembantu Khas MB Terengganu) dan juga bersama Tan Sri Isa Samad. 5 Oktober 2009 saya berceramah bersama Datuk Dr. Zambry Abd. Kadir (MB Perak) . Pada 6 Oktober 2009 saya bergandingan bersama dengan datuk Mat Isa Sabu (MB Perlis) dan Ustaz Azmi Md. Yatim (Penceramah Biro Penerangan UMNO Malaysia). Pada 7 Oktober 2009 saya berceramah di Kg Baru Si Rusa bersama Dato Azian (MT UMNO dan Pengerusi SPNB) dan akhirnya pada 8 Oktober saya berceramah bersama Dato Azian dan Ustaz Lokman (JASA Johor) di Taman Dato Abdul Samad.
Alhamdulillah, berkat kerja kuat semua pihak akhirnya, BN telah mencapai kemenangan menerusi calon popular, Tan Sri Isa Samad.
Suasana di Rumah En Jamaludin Yatim di Bagan Pinang
Ustaz Tajuddin daripada JASA yang sedang bersemangat berceramah
Ustaz Tajuddin daripada JASA Melaka berceramah sambil ditemani saya dan Saudara Lokman Nor Adam
Di antara pengundi-pengundi yang hadir mendengar ceramah
Ini suasana berceramah di Taman Seri Pinang
En Baharuddin dari JASA memulakan ceramah
Saya memulakan ceramah saya
Ceramah ini turut disertai oleh pengundi kaum India dan Tiong Hua
Datuk Seri Dr. Zambry (MB Perak) pula mengambil giliran selaku penceramah utama
Saya tidak melepaskan peluang untuk bergambar bersama MB Perak
Disediakan oleh : Syamsul Amri bin Hj Ismail

Tiada ulasan: