Jumaat, 29 Januari 2010
Seminar di UDM (Bengkel Debat)
Pada 29 Januari 2010 telah berlangsung satu Bengkel Debat anjuran Kelab Debat dan Orator, Universiti Darul Iman (UDM). Program ini telah dinaungi oleh Sdr. Borhan Sidqi iatu Presiden Kelab Debat UDM. Sdr. Borhan telah berpeluang menjemput Sdr. Syamsul Amri iaitu Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM) yang kebetulannya terlibat dengan satu seminar di UDM pada hari yang sama.
.
Bengkel Debat ini telah disertai hampir semua pendebat UDM yang secara majoritinya merupakan pendebat-pendebat baru UDM. Pendebat-pendebat ini telah berkesempatan bertukar-tukar pandangan bersama Sdr. Syamsul dari segi teknikal perdebatan serta berbincang dari aspek pembukaan konsep beberapa tajuk. Sdr. Syamsul berpandangan bahawa UDM mempunyai potensi yang besar untuk pergi dengan lebih jauh lagi dalam dunia debat ini asal sahaja usaha dilakukan secara komprehensif, gigih dan berterusan serta menerima tunjuk ajar yang betul.
.
"Jika mereka berlatih dengan bersungguh-sungguh, tetapi tidak mendapat bimbingan yang betul, maka mereka akan mempunyai masalah untuk berjaya di pentas pertandingan utama nanti. Tetapi, saya yakin yang mereka ini mampu membawa nama UDM agar menjadi setanding dengan pencabar-pencabar lain di persada debat universiti", ujar Sdr. Syamsul.
.
Sdr. Syamsul telah mengendalikan bengkel debat ini mulai jam 3.00 petang hingga jam 6.30 petang. Sdr. Syamsul pada sebelah awal paginya terlibat di dalam Seminar Pengucapan Awam dan Seminar Teknik Temuduga anjuran Fakulti Undang-Undang dan Hubungan Antarabangsa (FLAIRSOC) UDM.
.
Sdr. Syamsul bertolak pulang semula ke KLIA dengan penerbangan di Lapangan Sultan Mahmud, Kuala Terengganu pada jam 10.00 malam.
.
Syabas dan tahniah buat Kelab Debat UDM dan kami daripada pihak EDITOR ADAM mengucapkan selamat maju jaya kepada anda semua.
.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
x nak wat bengkel kt uitm ke...ktorang pendebat baru ni slalu dgr sal kehebatan abg...bnyk la...x terkira...jomla...
Catat Ulasan