19 Ogos 2010, Seremban : Unit Pendidikan Masyarakat KEMAS Parlimen Rasah telah menganjurkan satu program ceramah bertajuk "Keluarga Bahagia" bertempat di Balairaya Kampung Gadong Jaya pada 18 Ogos 2010. Program ini melibatkan peserta-peserta aktiviti KEMAS yang terdiri daripada golongan suri rumah tangga. Ceramah ini telah dihadiri oleh YBhg En Yusof Busrah, Pengerusi JKKK Kg Gadong Jaya.
.
Turut hadir Pn Zaharah (Penyelia Unit Pendidikan Masyarakat, KEMAS Parlimen Rasah), Pn Zaini (Penyelia Pembangunan Desa & Perhubungan KEMAS DUN Labu). Program ceramah ini telah bermula pada jam 2.00 petang hingga ke jam 4.00 petang.
.
Penceramah jemputan bagi program ini adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Antara lain beliau telah menyentuh aspek hubungan kekeluargaan, tips-tips kebahagiaan keluarga serta pengurusan konflik keluarga. Adalah diharapkan menerusi program ini para peserta dapat mengaplikasikan setiap panduan di dalam kehidupan seharian peserta.
.
Akhir kata, EDITOR mengucapkan tahniah buat KEMAS di atas inisiatif dan usaha menjayakan program yang bermanfaat ini.
.
Suasana di dalam Balairaya sebelum ceramah bermula
Sdr Syamsul kelihatan berbicara sesuatu dengan Pengerusi JKKK
YBhg En Yusof Busrah (Pengerusi JKKK) menyampaikan ucapan alu-aluan
Para peserta telah bersedia mendengar ceramah
Suasana ketika ceramah bermula
Sdr Syamsul berceramah dengan tajuk "Keluarga Bahagia"
Pelbagai tips dan panduan dikongsi bersama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan