Isnin, 27 September 2010

Forum Perdana Hal Ehwal Islam di USIM

Forum Perdana Hal Ehwal Islam
Anjuran
Majlis Perwakilan Pelajar (MPP)
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
Bertempat di Stadium Tertutup Nilai
.
24 September 2010
9.00 malam
.
Tajuk : Peranan Mahasiswa Menangani Masalah Sosial
.
Satu program Forum Perdana telah dianjurkan di Stadium Tertutup Nilai. Program ini telah dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Forum Perdana yang berkisarkan permasalahan sosial masakini ini telah menarik kehadiran kira-kira 1,000 orang penonton.
.
Di antara ahli panel yang terlibat adalah YBhg Ustaz Fauwaz bin Hj Mohd Fadzil (Penceramah Bebas), YBhg Ustaz Syamsul Hakim (Penceramah Bebas yang juga bekas pelajar USIM) dan juga YBhg Saudara Syamsul Amri Ismail (Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia - ADAM). Forum ini telah dipengerusikan oleh YBhg Ustaz Toha, Pelajar USIM sendiri.
.
Forum ini telah bermula sejak jam 9.00 malam dan berakhir kira-kira jam 11.45 malam. Forum ini telah diakhiri dengan persembahan nasyid oleh kumpulan 'One-Soul' daripada USIM.
.
Di antara penonton yang hadir di mana kebanyakannya adalah pelajar USIM
Suasana dari ruang belakang
Stadium Tertutup Nilai yang dipenuhi pelajar yang menyaksikan Forum
Suasana di pentas utama
Semua mendengar jawapan yang dikemukakan
Ustaz Fauwaz ketika menjawab persoalan yang diberikan
Semua terusik hati dengan jawapan Sdr Syamsul yang diselangi dengan unsur-unsur lucu
Tetap tenang dan bersahaja dalam menjawab persoalan yang dikemukakan
Menjawab dengan jelas dan lancar
Ahli panel turut mendengar jawapan serta ulasan yang diberikan
Suasana dari ruang atas stadium yang sempat dirakamkan
Suasana dari tempat duduk di atas
Tetap ceria mendengar jawapan walaupun dari kejauhan
Kumpulan Nasyid 'One-Soul' menyampaikan persembahan
Mempersembahkan dua buah lagu
.
.
.
Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: